awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti

Bernama
Bernama
29/03/2023
07:18 MYT
Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti
Pengumuman pada Selasa itu menyaksikan peningkatan sembilan peratus nilai saham Alibaba dalam dagangan pra-pasaran di Amerika Syarikat. - Fail/REUTERS
HONG KONG: Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.
Enam entiti itu akan mempunyai CEO dan lembaga pengarah mereka sendiri, lapor UPI.
Kumpulan perniagaan dan syarikat perniagaan akan menubuhkan lembaga pengarah masing-masing, dan melaksanakan sistem tanggungjawab CEO di bawah kepimpinan lembaga pengarah setiap entiti dan syarikat perniagaan, manakala Alibaba Group akan memberi tumpuan terhadap model pengurusan syarikat induk dalam cara yang menyeluruh, menurut Alibaba dalam satu kenyataan Selasa.
Lima daripada enam entiti itu, mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan modal luar dan berpotensi untuk mendapatkan IPO sendiri.
Transformasi ini akan memperkasakan semua perniagaan kami supaya menjadi lebih rancak, dan membolehkan tindak balas yang lebih pantas terhadap perubahan pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Daniel Zhang dalam satu kenyataan.
Pada 2020, organisasi teknologi kewangan Alibaba, Ant Group, terpaksa menarik balik tawaran awam bernilai AS$37 bilion di pasaran saham Hong Kong dan Shanghai selepas campur tangan pengawal selia China.
Pada 2021, Alibaba didenda AS$2.8 bilion oleh pengawal selia 'antitrust' China.
Pengumuman pada Selasa itu menyaksikan peningkatan sembilan peratus nilai saham Alibaba dalam dagangan pra-pasaran di Amerika Syarikat.
--BERNAMA-UPI
Topic Berkaitan
#Alibaba
#syarikat e-dagang
#Daniel Zhang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan