Singapore Airlines (SIA) Group mengumumkan langkah mengurangkan kira-kira 4,300 jawatan di semua peringkat syarikat penerbangan itu yang disifatkannya sebagai satu keputusan sukar.
Berikutan itu, jumlah pekerja yang berpotensi terjejas akan dikurangkan kepada kira-kira 2,400 orang di Singapura serta di luar negara selepas mengambil kira langkah-langkah termasuk pembekuan pengambilan pekerja dan skim pemberhentian secara sukarela.
"Apabila usaha memerangi COVID-19 bermula awal tahun ini, tiada seorang pun daripada kami yang dapat menjangkakan impak sebegini buruk terhadap industri penerbangan global.
"Sejak awal lagi, keutamaan kami adalah untuk memastikan kelangsungan syarikat serta sebanyak mungkin pekerjaan yang ada.
"Memandangkan laluan bagi pemulihan itu adalah panjang dan tidak menentu, malangnya kami terpaksa melaksanakan langkah pengurangan pekerja secara sukarela," kata Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Airlines Goh Choon Phong dalam kenyataan kepada Bursa Singapura pada Khamis.
Sebagaimana dijangkakan sebelum ini, SIA juga menyasarkan untuk beroperasi dengan kapasiti di bawah 50 peratus pada akhir tahun kewangan 2020/21 berbanding tempoh sebelum berlakunya COVID-19.
Menurut kenyataan itu, beberapa kumpulan industri juga telah menjangkakan bahawa aliran penumpang udara tidak akan kembali ke paras sebelum ini sehingga 2024.
Malah, berbanding dengan kebanyakan syarikat penerbangan utama dunia, SIA Group lebih berada dalam kedudukan sukar kerana tidak mempunyai satu pasaran domestik yang membolehkannya untuk pulih terlebih dahulu, katanya.
Bagi memastikannya dapat bertahan dalam persekitaran yang tidak menentu, SIA akan beroperasi dalam kapasiti jumlah pesawat lebih kecil bagi tahun-tahun akan datang dan sejajar dengan pengurangan rangkaian berbanding operasi sebelum COVID-19, kata SIA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
SIA juga menyasarkan untuk beroperasi dengan kapasiti di bawah 50 peratus pada akhir tahun kewangan 2020/21 berbanding tempoh sebelum berlakunya COVID-19. - Gambar hiasan
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Rel China-Laos catat aliran penumpang seramai 30.2 juta
Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan aliran penumpang seramai 30.2 juta setakat 12 Mac.
Syarikat penerbangan SIA Group kurangkan 4,300 jawatan
Jumlah pekerja yang berpotensi terjejas akan dikurangkan kepada kira-kira 2,400 orang di Singapura serta di luar negara.