Beberapa perbincangan telah diketengahkan dalam media sejak kebelakangan ini mengenai tarif elektrik dan bagaimana pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan ini perlu dilihat melalui tarif yang lebih rendah.
Pelbagai pertubuhan, yang mewakili pengguna domestik dan bukan domestik, berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji semula tarif dan mekanisme yang mengawal selia tarif.
Dalam tempoh pengawalseliaan kedua (RP2) selama tiga tahun antara 2018 dan 2020, harga untuk arang batu ditetapkan pada US$75 satu tan.
Sejak surcaj ditetapkan pada awal tahun lepas, harga arang batu naik setinggi US$97.8 satu tan pada satu masa sebelum susut di bawah US$90 satu tan dari pertengahan 2018.
Kebiasaannya pelarasan dibuat setiap enam bulan untuk mencerminkan harga bahan api sebenar, wujud kemungkinan surcaj yang lebih rendah dapat dilaksanakan melalui Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) yang akan datang bagi tempoh Julai-Disember 2019.
Mekanisme ICPT telah diterima pakai oleh banyak negara lain untuk mengekalkan kestabilan dalam pasaran domestik dan melindungi mereka daripada ketidaktentuan di peringkat antarabangsa, justeru Malaysia tidak bersendirian dalam perkara ini.
Melalui rangka kerja IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) di bawah Suruhanjaya Tenaga, kerajaan menetapkan tarif untuk tempoh tiga tahun pada masa (dikenali sebagai tempoh pengawalseliaan) untuk memastikan kestabilan pasaran. Susulan bahan api membentuk sebahagian besar tarif, turun naik dalam pasaran antarabangsa perlu diambil kira dalam tarif.
Kerajaan mengkaji semula harga bahan api sebenar setiap enam bulan dan membuat pelarasan yang diperlukan untuk mencerminkannya dalam mekanisme ICPT. Dalam kebanyakan kes, penggunaan mekanisme ICPT, kata pemerhati industri, merupakan langkah pertama ke arah liberalisasi pasaran utiliti.
Perubahan dalam harga bahan api dicerminkan sebagai rebat atau surcaj, bergantung kepada penurunan atau peningkatan harga bahan api berbanding harga bahan api yang ditetapkan oleh kerajaan, yang diberikan kepada pengguna.
Pemerhati industri tenaga menyatakan mekanisme ICPT bertujuan untuk adil dan telus serta sejajar dengan piawaian global dan mematuhi rangka kerja IBR yang telah dipersetujui. Sejak Mac 2015, pengguna di Malaysia telah menikmati rebat lebih daripada RM6.3 bilion sehingga pertengahan tahun lepas.
Berdasarkan senario semasa, pakar tenaga berpendapat mungkin masa yang baik untuk mengkaji semula seluruh proses penetapan tarif. Tarif melalui rangka kerja IBR telah dan terus mengekalkan kepentingan rakyat atau rakyat diambil kira, memandangkan tarif untuk pelanggan domestik atau kediaman telah dihadkan dan surcaj diberi subsidi oleh kerajaan.
Pada masa ini, Malaysia menikmati antara tarif elektrik terendah di dunia. Kebanyakannya disebabkan kerajaan menyediakan subsidi bagi gas asli.
Walaupun mengurangkan beban kos ke atas rakyat, subsidi juga boleh memberi impak negatif kepada ekonomi dalam jangka masa panjang berikutan wang yang boleh digunakan untuk kemudahan awam lain digunakan untuk mengekalkan harga gas asli pada paras rendah.
Penyelidikan turut menunjukkan elektrik merupakan pemacu yang amat kecil kepada kos sara hidup berikutan ia hanya membentuk 2.7 peratus daripada keseluruhan Indeks Harga Pengguna. Ini bermakna kenaikan harga elektrik yang kecil akan memberi impak yang tidak ketara terhadap seluruh kos perniagaan dan kos sara hidup.
Oleh itu, mungkin masa yang tepat untuk mempunyai pandangan yang jauh dan pandangan alternatif yang mengambil kira kemampanan jangka panjang untuk masa depan ekonomi negara. Ini merupakan sesuatu yang rakyat Malaysia perlu menilai secara serius apabila berfikir mengenai kedudukan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang.
Di samping itu, penting juga bagi mereka untuk mengambil perhatian bahawa subsidi elektrik tidak akan kekal selama-lamanya dan mekanisme yang lebih cekap perlu dilaksanakan. Ini antara sebab kerajaan mempunyai pelan rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan peruntukan subsidi bagi membolehkan perbelanjaan yang cekap ke atas program pembangunan.
Dengan perubahan iklim dan peningkatan suhu yang menjadi amat ketara dalam beberapa bulan ini, mungkin tiba masanya untuk rakyat Malaysia mengawal dan mengguna pakai lebih banyak amalan cekap tenaga untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan bil utiliti yang tinggi.
Sebagai permulaan, langkah penting untuk tindakan ialah cadangan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, yang menyarankan bangunan kerajaan menjadi cekap tenaga supaya penjimatan sebanyak RM47 bilion menjelang 2030 dapat dicapai.
Bernama
Thu Apr 04 2019
Pelbagai pertubuhan, yang mewakili pengguna domestik dan bukan domestik, berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji semula tarif dan mekanisme yang mengawal selia tarif. - Gambar fail
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia
MAS berkata penyahkarbonan sektor tenaga, penerbangan dan pengangkutan maritim adalah penting untuk rantau ini beralih kepada sifar bersih.
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.
Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama
Import arang batu Rusia ke Jepun turun 82 peratus pada September dan 45.6 peratus dalam tempoh yang sama.
Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga
TNB merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu sebanyak 50 peratus menjelang 2035.
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi.
Kos jana elektrik meningkat 45% susulan peningkatan harga arang batu
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi rebat untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022.
Harga arang batu dunia akan pengaruhi kadar baharu tarif elektrik - Pakar
Kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Indonesia hentikan sementara eksport arang batu
Ketersediaan arang batu untuk tenaga elektrik di Indonesia ketika ini sangat rendah dan boleh mengganggu bekalan elektrik.
Jumlah bekalan tenaga primer meningkat 2.8 peratus - NEB
Jumlah bekalan tenaga primer yang didaftarkan sebanyak 98,609 kilo tan minyak setara (ktoe) dan semua bahan api mencatatkan peningkatan kecuali arang batu.