BUSINESS
Tarif AS: Kerajaan perlu timbang subsidi, suntikan fiskal kepada PKS - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Tempoh penangguhan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan Presiden Donald Trump perlu dimanfaatkan untuk merangka strategi balas dengan mengambil kira sebarang kemungkinan selepas tempoh berkenaan.
Ringkasan AI
- Strategi Balas: Tempoh penangguhan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat perlu dimanfaatkan untuk merangka strategi balas yang mengambil kira sebarang kemungkinan selepas tempoh tersebut.Subsidi Jangka Pendek: Kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian subsidi jangka pendek kepada industri tertentu, terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), untuk membantu mereka meneruskan perniagaan tanpa perlu membuang pekerja.Daya Saing PKS: Tarif yang mungkin akan berkuatkuasa tidak akan memberi kesan besar kepada PKS kerana Malaysia merupakan pengeluar barangan yang mempunyai daya saing yang kuat di peringkat antarabangsa, seperti sarung tangan getah dan perabot.
“Saya lihat untuk jangka masa pendek ini kerajaan perlu bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari segi subsidi jangka masa pendek untuk membolehkan mereka meneruskan perniagaan tanpa buang pekerja. Buang pekerja itu yang kita tidak mahu, atau lebih teruk terpaksa gulung tikar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Tarif AS: Kerajaan perlu timbang subsidi, suntikan fiskal kepada PKS - Penganalisis
Dalam pada itu, Presiden Kebangsaan Persatuan Pengusaha Kecil & Sederhana Malaysia (SME Malaysia), Chin Chee Seong pula berpandangan, tarif yang mungkin akan berkuatkuasa tidak akan memberi kesan besar kepada PKS memandangkan Malaysia merupakan pengeluar barangan yang mempunyai daya saing yang kuat di peringkat antarabangsa.“Kalau permintaan berkurangan, maka masalah akan menjadi serius kepada PKS. Tetapi jumlah barangan PKS yang kita eksport ke Amerika Syarikat adalah kecil, dan ia tidak akan merosot seperti yang kita jangkakan.
“Barangan seperti sarung tangan getah dan perabot merupakan antara produk yang memberi kelebihan kepada negara kita dalam pasaran lain,” ujarnya.
AS sebelum ini mengumumkan pelaksanaan tarif import kepada hampir semua negara dengan kadar asas 10 peratus, manakala Malaysia pada kadar 24 peratus, namun ia ditangguhkan untuk 90 hari bermula Rabu susulan arahan baharu Trump.
Dialog Poket Rakyat: Tarif timbal balik | Impak PMKS & pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami