BUSINESS
Tarif AS: Putuskan hubungan dengan China akan puaskan AS, mustahil dilakukan Malaysia - Penganalisis

Dr. Nungsari berkata, penetapan tarif AS terhadap Malaysia telah dibuat berlandaskan pemafahaman dasar yang salah. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Tidak banyak tawaran yang boleh dibuat oleh Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan mengenai tarif kerana hakikatnya Malaysia tidak mengenakan tarif kepada negara tersebut.
Ringkasan AI
- Malaysia tidak mengenakan tarif kepada AS: Oleh itu, tidak banyak tawaran yang boleh dibuat oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan AS.Pemahaman dasar AS yang salah: AS mengira tarif berdasarkan lebihan dagangan, sedangkan Malaysia sebenarnya mengalami defisit dalam perdagangan perkhidmatan dengan AS.Hubungan dengan China: AS mungkin hanya akan mengendurkan tekanan tarif jika Malaysia memutuskan hubungan dengan China, tetapi ini adalah mustahil dilakukan oleh Malaysia.
“Dari segi penyelesaian yang boleh kita tawarkan, saya rasa tidak banyak boleh kita tawarkan dalam bentuk tarif. Ini kerana, Malaysia tidak mengenakan tarif kepada AS. Melainkan, kita kata Malaysia kurangkan jualan (eksport) ke AS,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Sebelum ini dilaporkan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan ke Amerika Syarikat hujung bulan ini bagi mengadakan rundingan isu tarif.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan bersama pentadbiran White House itu adalah usaha Malaysia membawa suara ASEAN dalam menangani impak tarif secara bersama.
Dalam pada itu, Profesor Madya Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Sains Sosial University of Nottingham Malaysia, Dr. Tricia Yeoh pula berpandangan AS hanya akan mengendurkan tekanan ke atas Malaysia sekiranya hubungan dengan China diputuskan.
“Satu perkara yang boleh memuaskan Trump ialah negara-negara yang ditarif memutuskan hubungan dengan China. Tetapi itu adalah mustahil.
“Walaupun itu perkara yang disukai oleh Trump, namun ia bukan perkara yang boleh dilakukan oleh Malaysia,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami