Skip to main content

Malaysia

ECRL tingkat mobiliti rakyat, pacu ekonomi Kelantan

Tren Laluan ECRL di Stesen Kota Bharu yang akan memulakan operasi pada 12 Disember ini bakal menawarkan kemudahan perjalanan lebih pantas dan selesa kepada penduduk Pantai Timur ke Lembah Klang.  - Gambar fail/Bernama
Tren Laluan ECRL di Stesen Kota Bharu yang akan memulakan operasi pada 12 Disember ini bakal menawarkan kemudahan perjalanan lebih pantas dan selesa kepada penduduk Pantai Timur ke Lembah Klang. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka meningkatkan mobiliti rakyat dan memperkukuh hubungan Kelantan dengan negeri-negeri lain.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kemudahan itu diyakini mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi, merancakkan aktiviti perdagangan dan pelaburan, serta menyokong pembangunan negeri.

“Kerajaan negeri berharap kemudahan ECRL dapat memberikan manfaat besar kepada rakyat, khususnya dalam merancakkan pembangunan negeri, meningkatkan mobiliti masyarakat dan membuka lembaran baharu kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Kelantan yang berlangsung di dalam gerabak tren ECRL ketika perjalanan dari Kota Bharu ke Gombak, Selangor.

Persidangan itu turut disertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi membincangkan urusan pentadbiran, termasuk perkara berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat.

Advertisement

Mohd Nassuruddin berkata, perjalanan berkenaan turut memberi peluang kepada barisan kepimpinan negeri melihat sendiri perkembangan dan kemajuan projek ECRL yang dijangka menjadi antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan.

ECRL yang dijadualkan mula beroperasi pada pertengahan Disember ini dijangka memendekkan masa perjalanan antara Pantai Timur dengan Lembah Klang, dengan perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu dianggarkan mengambil masa kira-kira empat jam.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement