awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik lebih banyak pelaburan, wujud hab logistik sepanjang laluan ECRL - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
01/09/2025
15:49 MYT
Tarik lebih banyak pelaburan, wujud hab logistik sepanjang laluan ECRL - Tengku Zafrul
Kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan selain mewujudkan hab logistik serta taman perindustrian baharu di sepanjang laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). - Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan selain mewujudkan hab logistik serta taman perindustrian baharu di sepanjang laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia akan dilaksanakan menerusi inisitiaf Projek Pemecut Ekonomi (EAP).
"Projek ECRL ni lebih dari sekadar rel; ia merupakan pemangkin ekonomi untuk Pantai Timur.
"Semua usaha ini untuk memastikan ECRL bukan saja memudahkan pergerakan, tapi juga menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Insya-Allah, kita akan terus memantau dan memastikan projek ini dapat memberi manfaat maksimum kepada negara," kata beliau menerusi satu hantaran di X hari ini.
Terdahulu, Tengku Zafrul merupakan sebahagian daripada delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tianjin, China yang bertemu dengan China Communications Construction Company Limited (CCCC) hari ini.
CCCC merupakan kontraktor utama ECRL.
Beliau berkata antara topik yang dibincangkan dengan CCCC termasuk mengenai kemajuan projek berkenaan.
"Alhamdulillah, kemajuan ECRL sudah mencapai 85 peratus setakat Julai 2025. Kita berada di landasan yang tepat untuk menyiapkan Fasa 1 projek ini pada Januari 2027!.
"Terowong Genting yang merupakan terowong rel terpanjang di Asia Tenggara juga sudah ditembusi pada Julai lepas. Semuanya berjalan lancar!," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#hab logistik
#ECRL
#Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan