awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla tidak akan kongsi data dengan kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2021
01:27 MYT
Tesla tidak akan kongsi data dengan kerajaan
Elon Musk bercakap menerusi sidang video pada satu sesi dalam Forum Pembangunan China di Beijing, China, 20 Mac, 2021. REUTERS
TESLA tidak akan berkongsi data yang dikumpul di China, atau negara lain, dengan kerajan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, tiada syarikat yang ingin mengambil risiko mengumpul data sensitif dan berkongsi dengan kerajaan.
Bercakap dalam Forum Pembangunan China yang diadakan secara maya pada Sabtu, beliau berkata, jika Tesla menggunakan keretanya untuk mengumpul maklumat risikan di China, ia akan ditutup.
Sumber memberitahu Reuters pada Jumaat, tentera China melarang kereta Tesla memasuki kompleksnya, kerana bimbang terhadap isu keselamatan susulan kamera yang dipasang di kenderaan tersebut.
Pada 2020, Tesla menjual 140,000 kenderaan di China, sekitar 30 peratus daripada jualan globalnya.
Ia adalah pengeluar kenderaan asing pertama yang membuka kilang di China tanpa rakan niaga tempatan.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#China
#Tesla
#Elon Musk
#kilang
#kongsi data
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan