KUALA LUMPUR: Saudia Airlines (Saudia), syarikat penerbangan ArabSaudi menandatangani perjanjian Penerimaan Tawaran Penerbangan Haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan penerbangan sewa khas haji bagi jemaah haji Malaysia selama tiga tahun.
TH dalam satu kenyataan hari ini berkata perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Saudia Kapten Ibrahim Koshy, manakala TH pula diwakili Pengarah Eksekutif Hajinya Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Majlis menandatangani Penerimaan Tawaran itu diadakan di Jeddah Superdome, Arab Saudi dan disaksikan oleh Ketua Pengarah Saudia Ibrahim Al Omar, bersempena dengan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Menurut Ibrahim, sebanyak 50 peratus jemaah Haji Malaysia akan diterbangkan terus oleh Saudia secara berperingkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.
Jelasnya, Saudia memberi perhatian besar terhadap sektor haji dan umrah dan telah menubuhkan satu jabatan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat jemaah haji dan umrah.
"Ia juga berperanan untuk menarik kehadiran jemaah, memilih segmen permintaan perjalanan yang tinggi, bekerjasama dengan organisasi dan entiti luar negara yang mengendalikan urusan haji dan umrah untuk rakyat mereka, membuat jadual perjalanan dan menyelaras kelancaran pergerakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi untuk kemudahan semua tetamu.
"Saudia akan menggunakan pesawat Boeing B787-9 dengan kapasiti 298 tempat duduk untuk memastikan perkhidmatan terbaik diberikan dan pengalaman haji bermula sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam pesawat," katanya.
Sementara itu, Syed Saleh berkata TH merupakan satu-satunya badan kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi keselesaan dan kebajikan jemaah haji Malaysia.
Tawaran kepada Saudia untuk menyediakan penerbangan sewa khas bagi jemaah haji Malaysia dari tahun 2022 hingga tahun 2024 itu juga sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
"Penyediaan penerbangan sewa khas Haji ini adalah usaha berterusan TH dan merupakan salah satu persediaan awal TH bagi membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini," tambahnya.-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Saudia Kapten Ibrahim Koshy, manakala TH pula diwakili Pengarah Eksekutif Hajinya Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. - Foto Lembaga Tabung Haji
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.
Elak layari laman web palsu THiJARI - TH
Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).
TH saran pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan meragukan
Para pendeposit Tabung Haji dan orang ramai disaran berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim pelaburan meragukan.
TH Khairat usaha proaktif untuk ringankan beban pendeposit - Mohd Na'im
Ia juga menggalakkan umat Islam untuk menabung dan membuat persediaan awal dari segi kewangan.
TH perjelas isu ruang sempit, sesak di Mina
Masalah itu dihadapi jemaah haji semua negara sejak sekian lama dan bukan isu yang baharu timbul.
Syed Hamadah dilantik CEO Tabung Haji yang baharu
Pelantikan itu berkuat kuasa 6 Mei ini bagi menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin.
Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.
Tabung Haji umum 3.10 peratus agihan keuntungan
Agihan keuntungan melibatkan RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit.
Pengumuman agihan dividen TH tahun ini dijangka lewat - Menteri Agama
Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lepas.