awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada berita baik untuk menteri, timbalan gaji tetap akan dipotong

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
14/11/2018
09:51 MYT
Tiada berita baik untuk menteri, timbalan gaji tetap akan dipotong
Guan Eng menjelaskan beliau menjelaskan bahawa pemotongan gaji menteri dan timbalan disalurkan kepada kerajaan dan bukannya pada Tabung Harapan Malaysia. - Gambar fail
Pemotongan gaji jemaah menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus tetap akan diteruskan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau menegaskan masih belum menerima sebarang arahan untuk menamatkan pemotongan gaji menteri dan timbalan.
“Sama ada potongan itu akan berhenti, bukan saya yang putuskan. Setakat ini saya tidak menerima apa-apa arahan, jadi gaji mereka akan tetap dipotong 10 peratus.
“Nampaknya tak ada berita baik untuk menteri dan timbalan menteri,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.
Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa pemotongan gaji menteri dan timbalan disalurkan kepada kerajaan dan bukannya pada Tabung Harapan Malaysia
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas adakah pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri akan ditarik balik selepas Tabung Harapan Malaysia ditutup pada Disember depan.
Potongan gaji sebanyak 10 peratus turut dilakukan ke atas ketua menteri dan 10 exco di Johor, Pulau Pinang dan Kedah.
Topic Berkaitan
#Exco
#gaji
#Johor
#Kedah
#Lim Guan Eng
#menteri
#Menteri Kewangan
#pulau pinang
#Tabung Harapan Malaysia
#Timbalan Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan