KUALA LUMPUR: TENTUNYA ramai daripada kita sedang berkeluh-kesah memikirkan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kadar inflasi ketika ini, sekali gus menjejaskan ‘poket’ perbelanjaan bulanan.

Peningkatan harga barangan turut memberi kesan langsung terhadap kuasa beli individu selain turut menjejaskan pengambilan nutrisi (nutrition intake) dalam jaminan kesihatan yang baik.

Worry not!, Lotus’s yang menjadi destinasi pilihan beli-belah keluarga kembali menawarkan harga rendah setiap hari menerusi kempen #imbasbalikharga2019 yang kini berlangsung sehingga 2 Oktober di seluruh rangkaian Lotus’s di seluruh negara.

Menerusi kempen ini, pengguna boleh menikmati lebih daripada 500 produk dengan harga rendah setiap hari sama seperti waktu tempoh sebelum penularan pandemik COVID-19 tahun 2019.

Lotus’s #imbasbalikharga2019 kembali selepas mendapat sambutan yang baik dan impak positif daripada kempen sebelum ini, selain prihatin terhadap beban inflasi semasa terpaksa ditanggung rakyat.

Keceriaan suri rumah, barangan keperluan pada harga rendah!

Dapatkan diskaun-diskaun terbaik bagi barangan keperluan rumah anda!.

Sebagai individu yang menjaga urusan perbelanjaan keluarga, para suri rumah kini boleh menarik nafas lega kerana perbelanjaan keperluan barangan rumah kini boleh dimiliki pada harga yang rendah… hanya di Lotus’s!

Ia termasuk pelbagai item yang sering digunakan oleh para ibu dalam menjalankan urusan keluarga di rumah termasuk bahan pencuci pakaian, bahan pencuci bilik air, pencuci pinggan mangkuk dan sebagainya.

Barangan pencuci pakaian turut diberikan diskaun dalam kempen ini.

Sebagai seorang suami yang prihatin, kegembiraan isteri perlu sentiasa menjadi keutamaan tambahan pula mereka turut menyediakan sajian kepada keluarga.

Mudahkan urusan dapur orang yang tersayang!

Ukirkan sedikit kegembiraan dengan menyediakan keperluan dapur yang memberi kemudahan dan dapat dimanfaatkan dalam meringankan beban isteri selain menjimatkan masa mereka ketika menyiapkan sajian.

Sediakan sos masakan yang akan digunakan untuk masakan sehari-hari di Lotus's.

Di Lotus’s, pelbagai tawaran keperluan dapur pada harga diskaun yang menarik termasuk sos masakan, perencah masakan, penambah rasa bagi melancarkan urusan harian di dapur.

Lotus’s turut menawarkan pelbagai perencah masakan yang menjanji masakan yang sedap.

Si manja ceria, keluarga pun bahagia!

Di Lotus’s, kami memahami keperluan si comel kadang kala sedikit mahal namun penjagaan mereka tidak boleh dikompromi daripada segi kualiti dan sensitiviti bahan di dalam produk digunakan.

Rangkaian produk keperluan bayi turut disediakan pada harga yang rendah bagi mengurangkan ‘beban’ kewangan ibu bapa.

Terdapat pelbagai rangkaian produk popular si manja ditawarkan di Lotus’s pada harga terbaik dan meringankan ‘beban’ perbelanjaan harian para ibu bapa.

Kami juga memahami, kesan inflasi turut menjejaskan harga bagi barangan-barangan bayi namun tidak di Lotus’s, kami kekal pada kadar terbaik dan ‘mesra poket’ anda!

Akses makanan lebih mudah – makanan sejuk beku dan dalam tin

Makanan sejuk beku disediakan di Lotus’s pastinya dapat membantu ibu bekerjaya menyediakan sajian dalam tempoh yang singkat.

Makanan sejuk beku dan tin pastinya menjimatkan masa tanpa kompromi terhadap pengambilan nutrisi.

Kami percaya, ibu bapa muda diluar sana yang sibuk dengan urusan di pejabat dan rumah mesti struggle untuk menguruskan masa termasuk penyediaan juadah keluarga.

Jangan bimbang makanan dalam tin dan sejuk beku disediakan di Lotus’s pastinya dapat menyediakan sajian dalam tempoh yang singkat. Keperluan nutrisi dalam ikan tuna turut dapat memberi khasiat kepada keluarga anda.

Kekal segar dan produktif di pejabat!

Peralihan negara ke fasa endemik kini mengubah trend untuk kembali semula bekerja di pejabat, namun diingatkan untuk terus menjaga SOP ditetapkan bagi mengelakkan penularan dan gelombang baharu.

Sebelum ke pejabat, nikmati secawan susu segar untuk pengambilan nutrisi berkhasiat.

Nikmati susu segar atau apa-apa tenusu pada waktu pagi untuk kekal produktif di tempat kerja.

Meskipun ramai daripada kita sibuk ketika bekerja, jangan lupa untuk ‘take 5’ untuk membekalkan semula tenaga bagi hari yang lebih produktif.

Ambil secawan kopi susu sambil menikmati biskut-biskut dan pelbagai snek kegemaran anda di Lotus’s yang ditawarkan pada harga rendah!

Dapatkan juga biskut atau snek untuk memastikan bertenaga ketika bekerja di pejabat.

Di Lotus’s, terdapat pelbagai pilihan biskut, bijirin berkhasiat yang sesuai untuk dimakan dengan ekspres semasa kerja di pejabat.

Manfaat baik kepada ahli My Lotus’s, jika anda membeli-belah secara online… anda boleh mengumpul mata ganjaran bagi setiap barangan yang dibeli!

Berbelanja barangan di Lotus’s secara online!

Dapatkan bekalan keperluan runcit dan rumah anda hanya di Lotus's atau lakukan pembelian mudah secara online.

Tiada masa untuk keluar membeli barang? Jom kita buat pembelian secara atas talian di platform tersedia Lotus’s!

Lotus’s merupakan peruncit multirangkaian terbesar dengan pelbagai kaedah pembelian yang boleh pelanggan pilih termasuk menerusi platform e-dagang Lazada, Shopee, Happy Fresh, Grab Mart serta Food Panda.

Nikmati pelbagai lagi manfaat dan ganjaran sebagai ahli My Lotus's.

Jenama peruncit tersebut turut mempunyai platform online sendiri bagi memudahkan pengguna serta rangkaian Whatsapp beli-belah untuk penghantaran atau mengambilnya sendiri di stor Lotus’s.

Murah dan jimat! Jangan berlengah untuk nikmati penjimatan terbaik #imbasbalikharga2019 2.0 di semua rangkaian Lotus’s di seluruh Malaysia!.

Dapatkan katalog Lotus’s di sini


*Artikel ini adalah kandungan berbayar