awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib

Bernama
Bernama
19/02/2016
07:07 MYT
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
NAJIB: Kerajaan mungkin menimbang mengubahsuai bajet sekiranya harga minyak jatuh di bawah US$30 setong. - Gambar fail
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan mungkin menimbang mengubahsuai bajet sekiranya harga minyak jatuh di bawah US$30 setong.
“Nampaknya seperti harga minyak dijangka stabil pada antara US$30 hingga US$40 buat seketika ini," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, Rabu (Khamis di Malaysia).
Bajet 2016 disediakan ketika harga minyak berada pada US$48 setong, tetapi kerajaan mengubah suai bajet pada bulan lepas apabila harga minyak jatuh ke paras US$32 setong.
Pengubahsuaian bajet pada Januari dilakukan bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga dan pertumbuhan ekonomi negara kekal kukuh meskipun keadaan ekonomi global yang tidak menentu ekoran penurunan harga komoditi termasuk minyak mentah.
Pengubahsuaian itu termasuk menangguhkan projek pembangunan bukan keutamaan yang membawa kepada penjimatan sehingga RM9 bilion.
Najib berkata beliau mungkin pergi ke London pada Mei ini bagi bertemu pengurus dana dan pelabur dalam usaha untuk terus berhubung dengan pemain pasaran modal.
Semasa lawatan kerja selama seminggu ke Amerika Syarikat yang berakhir Rabu (Khamis di Malaysia), Najib bertemu dengan para pengurus dana yang menguruskan dana berjumlah sehingga US$7 trilion serta para pelabur di bandar raya ini pada hari akhir kunjungan beliau.
Topic Berkaitan
#Bajet 2016
#harga minyak
#Najib Razak
#pengubahsuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan