awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM tidak terbabit dalam penjualan Menara TM

Bernama
Bernama
09/02/2022
09:31 MYT
TM tidak terbabit dalam penjualan Menara TM
Menara TM yang disifatkan sebagai ikonik itu kini ditawarkan di pasaran pada harga yang tidak didedahkan jumlahnya. - GAmbar/ Facebook TM Group
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menjelaskan bahawa ia merupakan penyewa di Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan hari ini, TM turut menegaskan bahawa ia bukan pemilik bangunan itu dan tidak terbabit langsung dalam usaha jualan oleh pemilik hartanah tersebut, Menara ABS Bhd.
"Syarikat kini dalam proses menempatkan semula sebahagian besar daripada pejabat korporat TM di hartanah miliknya, termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta di Cyberjaya.
"Ini merupakan sebahagian daripada usaha pengoptimuman syarikat bagi mempertingkat kecekapan dan ketangkasan selain selaras dengan persekitaran kerja secara hibrid," katanya.
Menara TM yang disifatkan sebagai ikonik itu kini ditawarkan di pasaran pada harga yang tidak didedahkan jumlahnya.
Iklan yang disiarkan oleh The StarBiz hari ini menyatakan bahawa penjualan Menara TM itu dijalankan secara pernyataan minat dan tarikh tutup bagi jualan peringkat pertama ditetapkan pada 12 tengah hari, 18 Mac, 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menara TM
#penjualan menara tm
#Tular
#Menara ABS Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan