awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB entiti korporat paling dipercayai dan diyakini di Malaysia

Bernama
Bernama
18/02/2024
05:55 MYT
TNB entiti korporat paling dipercayai dan diyakini di Malaysia
Baharin bersyukur atas pengiktirafan yang besar dan sangat bermakna terhadap perkhidmatan TNB yang giat meneraju peralihan tenaga menuju pelepasan sifar bersih 2050. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) dinobatkan sebagai organisasi/institusi korporat paling dipercayai di Malaysia pada 2023 berdasarkan kajian terbaru oleh satu daripada firma penyelidikan pasaran terbesar dunia, Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).
Menurut kenyataan TNB pada Ahad, hasil kajian terbaru itu mendapati pihaknya menduduki tangga teratas sebagai entiti yang paling dipercayai di Malaysia mengatasi lebih 100 jenama dalam kaji selidik sepanjang tujuh bulan mulai April 2023.
TNB juga diiktiraf sebagai jenama yang paling dipercayai dalam industri utiliti, mempamerkan kejayaan dalam membina hubungan yang teguh dengan rakyat Malaysia, jelasnya.
Menerusi siaran akhbar pada 23 Jan, 2024 bertajuk Ipsos Trust Track 2023: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia, Ipsos Malaysia mengumumkan lima syarikat teratas dengan TNB di tempat pertama, diikuti Keretapi Tanah Melayu Bhd dan seterusnya Shell, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Petron di tempat kelima.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Baharin Din bersyukur atas pengiktirafan yang besar dan sangat bermakna terhadap perkhidmatan syarikat itu yang giat meneraju peralihan tenaga menuju pelepasan sifar bersih 2050.
“Kepercayaan dan keyakinan ini tidak boleh dibeli. Ia datang daripada keyakinan masyarakat dan pendirian mereka terhadap amalan dan budaya kerja TNB. Pemegang taruh lazimnya selesa berurusan dengan organisasi yang dipercayai dan diyakini.
“Ini satu pengikirafan besar maknanya dan semoga kepercayaan ini akan menterjemahkan cabaran-cabaran kepada peluang niaga baharu kepada TNB, untuk kita mengungguli penyelesaian tenaga mampan kepada pelanggan serta rakyat,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Ipsos dalam kenyataannya menyatakan bahawa kepercayaan yang teguh itu mencerminkan keupayaan organisasi untuk mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pelanggan mereka, walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Kaji selidik itu meliputi lebih 100 syarikat dan institusi di Malaysia dengan menemu bual lebih 7,000 responden yang memberi maklum balas bahawa kebanyakan syarikat berupaya mengekalkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan dalam bidang industri masing-masing.
TNB pernah tersenarai sebagai antara lima syarikat paling dipercayai menerusi penyertaan sulungnya dalam kaji selidik Ipsos pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#Ipsos
#jenama paling dipercayai
#Baharin Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan