KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhasrat memperluas portfolio dalam tenaga boleh baharu (TBB) di pasaran antarabangsa sedia ada seperti di United Kingdom (UK) serta seluruh Asia Pasifik dan Eropah.
Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB Mohd Zarihi Mohd Hashim berkata perluasan portfolio tersebut akan dilaksanakan melalui usaha penubuhan dan peningkatan kepakaran dalam pembangunan aset meliputi tenaga solar dan angin sama ada di darat atau di laut yang disokong oleh penyimpanan utiliti.
Katanya, salah satu pemacu utama kepada strategi penerokaan adalah melalui kerjasama strategik untuk meningkatkan kadar penembusan pasaran dan pembangunan keupayaan atau kompetensi untuk memberikan kecemerlangan operasi.
"Di TNB, kami juga percaya kepada kolaboratif, baik di dalam atau di luar negara yang penting untuk memupuk inovasi dan bagi melaksanakan kejayaan peralihan tenaga.
"Justeru, kami akan meneruskan penerokaan pasaran-pasaran baharu melibatkan kawasan Eropah dan Asia Pasifik," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara: 'Tenaga Boleh Baharu Tunjang Peralihan Tenaga' terbitan Bernama TV pada Selasa.
Menjelaskan selanjutnya, Mohd Zarihi berkata usaha penerokaan pasaran di Eropah akan dilaksanakan menerusi anak syarikat milikan penuh TNB iaitu Vantage RE Ltd di UK yang bakal menjadi pusat tumpuan operasi dalam penerokaan aset-aset penjanaan TBB di UK dan Eropah.
"Selain itu, TNB juga giat meneroka di pasaran Asia Tenggara yang mana kami telah mempunyai beberapa rakan stratgeik di Vietnam, Laos dan Thailand untuk mengembangkan lagi kerjasama di peringkat Asean dalam rentas sempadan untuk Malaysia menjadi hab tenaga hijau di rantau ini," katanya.
Malah, beliau turut berkongsi rasa optimis bahawa pelabur kini mempunyai keyakinan untuk melabur dalam industri TBB selaras dengan aspirasi kerajaan yang menyediakan dasar, panduan serta pembiayaan yang jelas untuk pelaburan teknologi baharu.
Pada masa ini, Malaysia dan Asean berminat untuk memperoleh manfaat menerusi perdagangan rentas sempadan seperti rakan di Eropah yang mana kerjasama berkaitan telah mencapai anggaran EUR34 bilion dalam pengukuhan pasaran rentas sempadan di kesatuan itu.
"Sudah ada kefahaman bersama dalam kalangan negara-negara Asean mengenai betapa kritikalnya kepentingan peralihan tenaga. Ini telah membantu mendorong rantau Asean mempercepatkan program kesalinghubungan yang lama tertangguh," katanya.
Menyentuh mengenai peruntukan perbelanjaan modal serta pelaburan tinggi dalam peralihan tenaga ini, Mohd Zarihi berkata TNB terus meningkatkan perbelanjaan modal dan pelaburan bagi memastikan infrastruktur elektrik sedia ada untuk masa depan dan membolehkan negara mencapai kelestarian tenaga seiring dengan sasaran yang ditetapkan.
Beliau berkata, mengikut cadangan pelan pelaburan RM22 bilion bagi tempoh 2022 hingga 2024 yang berlandaskan kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), TNB mahu terus membangunkan grid masa depan sebagai pemboleh utama peralihan menerusi kesambungan rantaian nilai keseluruhan bermula daripada penjanaan sehingga aspek penyaluran ke premis pengguna.
"Oleh itu, TNB memerlukan perbelanjaan modal (capex) kira-kira RM450 bilion bagi tempoh sama dalam meneruskan agenda Peralihan Tenaga untuk Malaysia. Ini satu pelaburan yang amat besar," katanya.
Dalam pada itu, TNB juga berhasrat merekodkan lebih daripada 14 gigawatt (GW) kapasiti TBB menjelang 2050 yang akan mengurangkan kira-kira 6.9 juta Tco2/MWh (megawatt-jam) jisim karbon dioksida yang boleh dielakkan.
Malah, katanya, hasrat itu menepati aspirasi TNB untuk menjadi pembekal terunggul solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa.
Selaras usaha merealisasikan aspirasi itu, TNB akan menganjurkan Persidangan Peralihan Tenaga pada 28-29 Ogos yang bertemakan "Accelerating a Responsible Energy Transition" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pelbagai bentuk penyelesaian inovatif serta kerjasama merentas sektor ekonomi akan dibincang dan diketengahkan sebagai tekad bersama dalam mendepani peralihan tenaga secara berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
TNB berhasrat merekodkan lebih daripada 14GW kapasiti TBB menjelang 2050, menepati aspirasinya untuk menjadi pembekal terunggul solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.