KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui TNB Global Business Solutions (TGBS) merangkul pengiktirafan tertinggi Anugerah Emas bagi Best Shared Services Team di majlis berprestij Shared Services & Outsourcing Network (SSON) Asia Impact Awards di Singapura, baru-baru ini.
TGBS mengatasi 11 syarikat gergasi lain seperti Coca-Cola Japan Business Services, British American Tobbaco, PepsiCo, Otis Worldwide dan Boston Scientific dalam senarai pendek akhir calon Best Shared Services Team (kategori utama) sesi penganugerahan tersebut.
Anugerah tersebut adalah pencapaian terbaik TGBS yang menempa nama empat tahun berturut-turut di SSON Asia Impact Awards dalam beberapa kategori mulai tahun 2019. Ini hanya selepas setahun penubuhan di bawah inisiatif Reimagining TNB bagi mengurus keperluan pelbagai warga kerja secara berpusat.
Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim berkata, anugerah itu adalah pengiktirafan kepada TNB keseluruhannya yang menyokong perkhidmatan diberikan oleh bahagian berkenaan dan komitmen warga kerja TGBS membangunkan perkhidmatan cekap dalam tempoh singkat.
“Anugerah ini adalah sebagai bukti dedikasi, usaha dan semangat kerjasama warga TNB bagi mendapatkan hasil yang cemerlang dalam mendukung aspirasi menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan Antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Hadir sama dalam majlis itu, Ketua (Strategy & Transformation), Yasmin Mohd Ramzi dan Ketua (Business Strategy, Performance & Governance), Azlan Sani Md Morshid.
Menurut Ahmad Hushairi, kejayaan berterusan dalam penilaian SSON itu mengukuhkan lagi komitmen TNB terhadap agenda pembangunan mampan yang selari kepentingannya kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
“Pengiktirafan ini juga merupakan satu langkah lagi untuk TGBS meningkatkan nilai menerusi penawaran perkhidmatannya kepada syarikat dan organisasi di luar TNB, selain meningkatkan kecekapan dalaman,” katanya.
Di majlis itu juga, TNB turut dinobatkan antara Top 20 Most Admired Shared Services Organisations (SSOs) & Global Business Services (GBS) 2022 di dunia. Syarikat lain termasuklah Takeda, DHL, TESCO, Siemens, Qatar Airways, Kimberly-Clark, Celestica, Mars, Lexmark dan Woolworths Group, bertaraf multi-nasional dan antarabangsa.
TGBS turut mendapat sebutan penghormatan bagi kategori Business Transformation Impact Award dan Change Management Impact Award.
Tahun lalu, TGBS menerima pengiktirafan dalam tiga kategori di SSON Asia Impact Awards iaitu satu perak dan dua sebutan penghormatan. TGBS juga mendapat dua sebutan penghormatan lain pada dua tahun sebelum ini.
SSON Asia Impact Awards adalah anugerah industri tahunan peringkat global yang memberi penghormatan kepada perkhidmatan perniagaan dan pemimpin perniagaan yang memanfaatkan teknologi serta amalan terbaik dalam meningkatkan kecekapan operasi. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Oct 25 2022
TGBS mengatasi 11 syarikat gergasi lain seperti Coca-Cola Japan Business Services, British American Tobbaco, PepsiCo, Otis Worldwide dan Boston Scientific. - Dagang News
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.