awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB yakin namun berhati-hati terhadap prospek 2013

Bernama
Bernama
23/01/2013
13:40 MYT
TNB yakin namun berhati-hati terhadap prospek 2013
Tenaga Nasional Bhd (TNB) yakin, namun berhati-hati terhadap prospek tahun kewangan 2013.
Pengerusinya Tan Sri Leo Moggie berkata ketersediaan bekalan gas menjadi kebimbangan utama kumpulan itu, berikutan semakan semula tarikh pengoperasian terminal regasifikasi Gas Asli Cecair (LNG) di Melaka.
"Kami agak positif dari segi permintaan, namun berhati-hati terhadap unjuran memandangkan persekitaran operasi belum menunjukkan sebarang peningkatan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013, di sini hari ini.
Moggie berkata kumpulan itu merekodkan keuntungan bersih RM1.415 bilion bagi tempoh suku pertama. Keputusan yang positif itu adalah hasil daripada kos penjanaan yang lebih rendah dan keuntungan daripada tukaran asing.
Beliau berkata kos operasi kumpulan itu dalam tempoh suku pertama 2013 susut 9.6 peratus kepada RM8.598 bilion berbanding RM7.465 bilion yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata walaupun TNB memperoleh manfaat daripada harga arang batu yang lebih rendah, ia terus berhati-hati terhadap impak penggunaan berterusan bahan api alternatif, ke atas perbelanjaan operasinya.
Pada suku semasa, purata harga arang batu ialah sebanyak US$84.4 setan metrik, berbanding US$110.0 setan metrik yang direkodkan pada tempoh perbandingan yang sama pada 2012.
Selain itu, pengukuhan ringgit berbanding dolar US pada suku itu, meningkatkan lagi penjimatan kos penjanaan bagi tahun kewangan suku pertama 2013.
Topic Berkaitan
#gas asli cecair
#Tan Sri Leo Moggie
#Tenaga Nasional Bhd
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan