Tarikan utama di booth Lexus ketika Pameran Kereta Tokyo ini adalah konsep LF-FC yang membayangkan kepada umum hala tuju rekaan dan penggunaan teknologi untuk jenama tersebut.
Ia masih lagi mengekalkan falsafah penggayaan ‘L-finesse’ Lexus, dan menampakkan kemewahan sebuah kereta ‘grand touring’. Pada bahagian hadapan anda dapat melihat gril Lexus dengan rekaan jaring baharu beserta lampu DRL berbentuk ‘L’. Rekaan lampu hadapan ini juga serba baharu, dan mendapat ilham daripada bahagian hadapan.
Panjang keseluruhan adalah 5,300mm; lebar 2,000mm dan dengan tinggi 1,410mm.
Tayar bersaiz 21 inci yang diperbuat daripada CFRP (gentian karbon diperkuat plastik) kelihatan hebat lebih-lebih lagi bila dilihat daripada sisi. Dari pandangan ini juga anda dapat melihat bentuk konsep ini yang lebih kepada coupe empat pintu.
Di dalam, kerusi belakang direka khas untuk memberi keselesaan terbaik; bahagian belakang boleh diubah agar penumpang dapat bersandar sepenuhnya. Ruang untuk kepala dan kaki juga diberi penekanan.
Antara muka pemandu-kereta boleh berlaku tanpa sentuhan dan hanya melalui gerakan tangan. Ini berlaku pada konsol tengah yang mempunyai pancaran holografik sebagai tempat di mana bacaan gerakan tangan berlaku; sebagai contoh untuk mengawal pengudaraan atau sistem audio.
Sistem pacuan konsep LF-FC ini bergantung kepada sistem sel bahan api output tinggi yang memacu roda belakang. Ia juga membekal kuasa kepada sepasang motor di gandar hadapan, membuatkan konsep ini sebuah kereta pacuan empat roda. Imbangan kereta dipastikan terbaik melalui lokasi setiap komponen penting: unit sel bahan api di belakang, unit kawalan kuasa di hadapan, dan tangki hidrogen berbentuk ‘T’.
Konsep Lexus LF-FC ini menggunakan teknologi pemanduan automated yang menyokong rancangan sebuah masa hadapan yang bebas daripada kemalangan trafik.
Astro Publication
Wed Oct 28 2015
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Tokyo: Konsep Lexus LF-FC berikan kemewahan dan keselamatan dari pemanduan autonomous
LF-FC memberi gambaran kepada semua mengenai teknologi dan rekaan yang boleh dijangka daripada Lexus
Honda hampir untuk lancarkan model ‘fuel cell’ mereka
Dikenali sebagai FCV buat masa ini, dikatakan boleh dipandu 700km dengan setiap isian penuh tangkinya
Honda pula dengan FCV terbaharu mereka
FCV Concept ini lanjutan daripada FCX dan FCX Clarity sebelum ini dengan prestasi lebih baik
Toyota Mirai. Untuk masa hadapan
Kenderaan ‘fuel cell’ terbaharu diperkenalkan; 153hp dan 0-100km/j dalam masa 9 saat.
Mirai dengan teknologi ‘fuel cell’ terbaru
Toyota bakal melancarkan model ‘fuel cell’ terbaru – 480km boleh ditempuh dengan setiap isian tangki hidrogen. Bahan buangan: air biasa