Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bukan satu-satunya penyelesaian dalam mengurangkan perbezaan jurang pendapatan di negara ini, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata penyertaan dalam TPPA hanyalah sebahagian daripada dasar kerajaan untuk mengurangkan perbezaan jurang pendapatan dalam negara dan perjanjian itu bukan satu penyelesaian menyeluruh.
"Kita mempunyai pelbagai lagi dasar untuk mengurangkan jurang perbezaan ini termasuk dasar membasmi kemiskinan, MEB (Model Ekonomi Baharu) dan banyak lagi dasar-dasar lain.
"TPPA bukanlah penyelesaian kepada masalah itu," katanya semasa ditemu bual dalam rancangan Dialog Khas di Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam Isnin.
Mustapa berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai sama ada penyertaan negara dalam TPPA dapat menyelesaikan jurang perbezaan pendapatan dalam negara.
Sejajar dengan hasrat menyertai TPPA, beliau juga menekankan usaha kerajaan dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkatkan keupayaan mereka agar dapat bersaing dan berniaga di peringkat global.
Beliau turut berpuas hati dengan usaha gigih pelbagai agensi kerajaan dalam memberikan penerangan kepada umum mengenai TPPA.
Rundingan TPPA yang dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Dokumen akhir TPPA serta dua hasil kajian analisis kos faedah oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa serta PricewaterhouseCoopers Malaysia didedahkan kepada umum awal Disember lalu.
TPPA akan dibentang dan dibahaskan mengikut peraturan biasa persidangan Parlimen, iaitu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pembentangannya akan bermula 26 Januari nanti.
Bernama
Tue Jan 05 2016

Menurut Mustapa, mempunyai pelbagai lagi dasar untuk mengurangkan jurang perbezaan ini termasuk dasar membasmi kemiskinan, MEB (Model Ekonomi Baharu) dan banyak lagi dasar-dasar lain. - Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 rapatkan jurang antara miskin dan kaya
Terdapat jurang dalam negara ini, antaranya antara pendapatan negeri kaya dan negeri miskin seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.

Kerajaan fokus kurangkan jurang golongan miskin dan kaya - PM
Dr Mahathir berkata jika jurang itu tidak ditangani sebaiknya, ia boleh membawa kepada kesan buruk termasuk konflik seperti yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan Rusia.

PH akan pastikan orang Melayu tidak salah guna pemberian - Tun Mahathir
Kerajaan yang ada sekarang akan membuat sesuatu bagi menjayakan orang Melayu termasuk dalam aspek kewangan bagi mengurangkan jurang ekonomi mereka dengan kaum-kaum lain.

Nafi ultra Melayu: Musuh politik mahu lemahkan saya - Dr Mahathir
Perdana Menteri menegaskan dakwaan itu dibuat oleh Bapa Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, bagi menjatuhkan karier politik beliau.

Projek infrastruktur babitkan penyertaan asing hanya beri keuntungan kepada orang luar
Katanya, status projek berkenaan dibincangkan pada mesyuarat pembangunan fiskal negara pada Rabu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mentor berperanan besar hasilkan graduan berkualiti
Kehidupan di zaman kolej dan universiti memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada kehidupan seseorang graduan.

Rina tumpu rapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar
Stigma masyarakat yang menganggap kawasan luar bandar sebagai mundur dan tidak membangun adalah tidak benar dan beliau nekad membetulkan persepsi itu.

Jurang literasi Bahasa Inggeris antara bandar dan luar bandar semakin kecil
Jurang antara tahap literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar dan di bandar semakin kecil dari tahun ke tahun.

TPPA bukan penyelesaian menyeluruh rapat jurang pendapatan dalam negara
TPPA bukan satu-satunya penyelesaian dalam mengurangkan perbezaan jurang pendapatan di negara ini, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pemimpin, akar umbi UMNO harus perkukuhkan saf - Zahid
Beliau menggesa supaya pemimpin dan akar umbi parti memperkukuhkan saf dan merapatkan jurang dalam pada dilanda kemelut yang mampu menggugat kestabilan parti.