awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA: 'Jangan takut pada perubahan' - Mustapa

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
08/01/2016
08:42 MYT
TPPA: 'Jangan takut pada perubahan' - Mustapa
MUSTAPA: 'Jangan takut kepada perubahan dan ketidakpastian'. - Foto Astro AWANI/Pritha Manivannan
‘Jangan takut kepada perubahan dan ketidakpastian’.
Itu saranan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, kepada rakyat Malaysia agar mereka lebih terbuka mengenai isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menurut Mustapa, TPPA tidak akan menyebabkan perubahan kepada dasar negara malah akan memberikan banyak manfaat terutamanya kepada eksport negara.
Tambahnya, konsep TPPA iaitu dunia tanpa sempadan akan membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) menceburi pasaran antarabangsa dengan mudah.
Beliau turut mengulangi manfaat pelaksanaan TPPA antaranya peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara sebanyak USD107 ke USD211 sepanjang 2018 hingga 2027 yang menunjukkan peningkatan pendapatan pada 2027: 0.38 peratus ke 0.78 peratus bagi pekerja berkemahiran tinggi dan 0.45 peratus hingga 0.91 peratus bagi pekerja kurang kemahiran dan peningkatan persaingan.
Tambahnya, pekara yang menimbulkan kebimbangan dan memerlukan perhatian adalah pengurangan lebihan dagangan antara 4.3 peratus ke 5.2 peratus.
Beliau berkata demikian semasa sesi dialog “TPPA: Ada apa untuk PKS?” di Menara MITI di sini hari ini.
Selain itu, Naib Ketua Pegawai Eksekutif pertama SME Corp, Isham Ishak berkata TPPA merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia pertama yang mengandungi satu bab khas (Bab 24) yang memberi fokus kepada PKS.
Tambah Isham, kepentingan PKS tidak akan diabaikan melalui perlaksanaan TPPA.
Ini kerana 97.3 peratus syarikat berdaftar di Malaysia adalah PKS.
Manakala, PKS menyumbang kepada 17.8 peratus eksport Malaysia.
Isham juga berkata SME Corp akan sentiasa membantu PKS menghadapi cabaran yang bakal dihadapi.
Peningkatan kemasukkan pekerja asing?
Sementara itu, apabila ditanya mengenai peningkatan kemasukkan pekerja asing melalui pelaksanaan TPPA Mustapa berkata undang-undang buruh tempatan akan kekal sama dan TPPA tidak akan menyebabkan sebarang perubahan.
Tambahnya, TPPA hanya akan menggalakkan lawatan perniagaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#Perniagaan Kecil Sederhana
#PKS
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan