Kerajaan memandang serius dan akan meningkatkan ketelusan dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) supaya rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenai rundingan tersebut.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata oleh kerana kurangnya ketelusan, terdapat pihak yang membuat andaian berdasarkan spekulasi dan pihak terbabit tidak boleh dipersalahkan kerana maklumat yang mereka peroleh tidak lengkap.
"Dalam kenyataan saya sebelum ini, saya sudah katakan jemaah menteri berpendapat mereka memandang serius isu ketelusan ini dan kita akan tingkatkan ketelusan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di sini, hari ini.
Mesyuarat khas Kabinet Khamis lepas membuat pendirian tegas bahawa Malaysia hanya akan menandatangani TPPA jika terma perjanjian itu menguntungkan dan memberi manfaat kepada negara.
Malaysia tidak akan terikat dengan sebarang tempoh masa yang ditetapkan berkaitan dengan TPPA dan Kabinet mengambil pendirian ini kerana sejumlah besar isu, termasuk perusahaan milik negeri (SOE) atau syarikat berkaitan kerajaan, buruh dan Hak Harta Intelektual (IPR), masih belum diselesaikan.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata beliau akan mengetuai rombongan Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-45 di Brunei Darussalam mulai esok hingga 21 Ogos ini, yang akan turut membincangkan perkara berkaitan TPPA termasuk isu ketelusan rundingan itu.
Beliau berkata kementeriannya akan terus mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjelaskan maklumat mengenai TPPA.
Bernama
Sat Aug 17 2013
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa
Usaha tersebut adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia.
Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa
Ia sekali gus menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan usul RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa
Wang yang akan digunakan adalah wang rakyat, justeru jumlahnya akan didedahkan.
RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, pandemik COVID-19 juga turut memberi kesan besar kepada landskap ekonomi global termasuk Malaysia.
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.
Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini
Laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober ini.
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019
Bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mencecah hampir RM59.8 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2019.
Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura
Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura.