awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA mungkin tidak dimuktamadkan tahun ini --Najib

Bernama
Bernama
06/10/2013
06:07 MYT
TPPA mungkin tidak dimuktamadkan tahun ini --Najib
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dijangka mengambil masa yang lebih panjang untuk dimuktamadkan daripada tempoh akhir tahun yang disasarkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Akhir tahun ini adalah tempoh masa yang amat singkat," katanya. Najib berkata ketua-ketua negara yang terlibat dalam TPPA akan bertemu pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali minggu depan untuk terus berbincang tentang kebolehlaksanaan tempoh masa itu. "Kami akan berbincang di Bali dan kami akan tahu jika tempoh masa itu sesuai," "Tetapi kami merasakan bahawa ia mungkin mengambil masa yang lebih panjang daripada akhir tahun," katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Stephen Harper di sini hari ini. TPPA, satu perjanjian dagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh 13 negara termasuk Malaysia, adalah satu perjanjian yang bertujuan menangani isu-isu dagangan baharu pada Abad ke-21. Harper tiba di Malaysia pada Jumaat untuk lawatan kerja tiga hari dan akan ke Bali hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak APEC. Ini adalah lawatan pertamanya ke Malaysia sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri Kanada pada Februari 2006.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Kanada
#Perdana Menteri
#Stephen Harper
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan