awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik penumpang global naik 9.5 peratus

Bernama
Bernama
04/05/2018
01:01 MYT
Trafik penumpang global naik 9.5 peratus
Syarikat-syarikat penerbangan di Asia Pasifik telah merekodkan pertumbuhan RPK antarabangsa tahunan dua angka untuk kali pertama dalam tempoh lima bulan. - Gambar hiasan
Trafik penumpang global naik 9.5 peratus dari tahun ke tahun pada Mac 2018, kadar terpantas dalam tempoh 12 bulan, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kapasiti menokok sebanyak 6.4 peratus dari tahun ke tahun dan faktor beban bertambah 2.3 mata peratusan kepada 82.4 peratus dari tahun ke tahun, menjejaki rekod tertinggi yang dicatatkan pada Februari 2018.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata permintaan terhadap pengangkutan udara kekal kukuh, selepas dipacu oleh senario ekonomi dan tahap keyakinan perniagaan yang lebih positif.
"Walaupun kami masih berharap supaya 2018 mencatatkan pertumbuhan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) yang melangkaui trend, kami meramalkan pertumbuhan penumpang secara keseluruhan yang lebih sederhana bagi tahun ini berbanding 2017.
"Ini disebabkan oleh kos input syarikat-syarikat penerbangan yang semakin melonjak seperti harga bahan api dan dalam kes tertentu, kos buruh, ini bermakna kami menjangkakan rangsangan yang agak kurang kepada permintaan melibatkan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah dalam 2018 berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini," kata IATA.
Syarikat-syarikat penerbangan di Asia Pasifik telah merekodkan pertumbuhan RPK antarabangsa tahunan dua angka untuk kali pertama dalam tempoh lima bulan, iaitu sebanyak 11.6 peratus, berbanding 9.4 peratus yang dicatatkan pada Feb 2018.
"Trafik penumpang terus menuju ke arah trend yang meningkat, disokong oleh pertumbuhan ekonomi serantau yang kukuh dan pengembangan opsyen bagi para pelancong," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bisnes
#ekonomi
#penerbangan
#pengangkutan udara
#perniagaan
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan