awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transaksi pembayaran masa nyata Malaysia melonjak 864 peratus pada 2020 - laporan

Bernama
Bernama
07/04/2021
20:12 MYT
Transaksi pembayaran masa nyata Malaysia melonjak 864 peratus pada 2020 - laporan
Transaksi pembayaran masa nyata di Malaysia melonjak 864 peratus kepada lebih 68 juta pada 2020. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Transaksi pembayaran masa nyata di Malaysia melonjak 864 peratus kepada lebih 68 juta pada 2020 daripada tujuh juta pada 2019 apabila penularan pandemik COVID-19 telah mempercepatkan peralihan kepada pembayaran digital, demikian menurut laporan terbaharu daripada ACI Worldwide dan GlobalData.
Menurut laporan Prime-Time for Real-Time itu, dari segi nilai, transaksi pada 2020 bernilai US$5.55 billion (US1=RM4.122), meningkat 908 peratus dari 2019.
Menjelang 2025, laporan itu mengunjurkan transaksi pembayaran masa nyata di Malaysia dijangka meningkat kepada 1.45 bilion manakala kadar pertumbuhan tahunan bagi pembayaran masa nyata berkemungkinan sebanyak 96.04 peratus.
Ketika pandemik ini terus memacu perubahan dalam tingkah laku pengguna dan perniagaan, ketua pegawai produk ACI Worldwide, Jeremy Wilmot berkata bank, peniaga dan perantara di seluruh ekosistem pembayaran di Malaysia bertindak balas dengan pantas dengan mengutamakan peralihan kepada digital.
Ini adalah untuk melindungi aliran pendapatan semasa dan meneroka sesuatu yang baharu melalui pengalaman pelanggan yang memanfaatkan digitalisasi sepenuhnya, tambahnya.
"Pandemik ini telah menarik perhatian terhadap kepentingan pembayaran digital dan infrastruktur pembayaran yang mantap, mencakupi inovasi sedekad yang dijangkakan dicapai dalam satu tahun, dan menyebabkan sikap manusia berubah ketika munculnya krisis ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata jumlah transaksi dompet mudah alih di Malaysia meningkat 171 peratus tahun lepas dan negara seperti Brazil, Mexico dan Malaysia, yang kebiasaannya bergantung kepada penggunaan tunai, kini merupakan antara yang paling pantas menggunakan dompet mudah alih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#peniaga
#bank
#pembayaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan