awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tren baharu laluan LRT Kelana Jaya tiba minggu depan

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
27/11/2015
09:39 MYT
Tren baharu laluan LRT Kelana Jaya tiba minggu depan
Set tren empat koc tersebut dibeli daripada Bombardier Hartasuma Consortium (BHC). -Foto Astro AWANI/PRITHA MANIVANNAN
Set pertama daripada tambahan 14 set tren empat koc generasi baharu Innovia untuk Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya akan tiba di Pelabuhan Klang minggu depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME) Sdn Bhd, Khairani Mohamed, set tren tambahan ini dibeli untuk memenuhi kenaikan jumlah penumpang bagi LRT Kelana Jaya.
Set tren empat koc tersebut dibeli daripada Bombardier Hartasuma Consortium (BHC).
Tambah Khairani, tren tersebut akan dihantar ke kilang BHC di pelabuhan barat untuk kerja-kerja dalaman dan ujian.
Ia kemudian akan dihantar ke depot LRT Kelana Jaya-Subang untuk ujian kelayakan dan rutin.
Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan menyebut bahawa 20 tren baharu enam koc bagi laluan Ampang telah dibeli di bawah Projek Sambungan Tren Laluan LRT Kelana Jaya (LEP).
Selain itu, tambahnya, 30 lagi tren baharu dibeli bagi menggantikan tren-tren sedia ada.
Topic Berkaitan
#BHC
#Bombardier Hartasuma Consortium
#Kelana Jaya
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Khairani Mohamed
#Laluan Transit Aliran Ringan
#LRT
#Prasarana Integrated Management and Engineering Services
#PRIME
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan