awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tune Talk tawar 16 model telefon pintar

Bernama
Bernama
21/01/2013
12:56 MYT
Tune Talk tawar 16 model telefon pintar
Tune Talk Sdn Bhd, satu daripada tujuh syarikat yang menyertai program rebat RM200 menerusi Pakej Komunikasi Belia, menawarkan 16 model telefon pintar berharga daripada RM400 hingga RM2,000.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Jason Lo berkata program rebat itu bermula Isnin lepas di Plaza Low Yatt sebelum diperluas ke seluruh negara menerusi penyertaan 800 peniaga.
"Pusingan pertama program rebat akan berakhir sehingga kuota kami bernilai RM100,000 dibeli," katanya kepada Bernama.
Selain Tune Talk, syarikat lain yang turut serta dalam program itu ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications.
Setakat 1 Jan, 2013, seramai kira-kira 5,500 belia mendaftar untuk mendapatkan rebat berkenaan.
Lo juga berkata syarikat itu menyasarkan 1.5 juta pelanggan tahun ini yang dirangsang menerusi pelbagai inisiatif yang ditetapkan oleh syarikat itu tahun ini.
Setakat ini, syarikat itu mempunyai 750,000 pelanggan.
Tune Talk, bersama-sama Blackberry, akan menganjurkan "The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur" pada 17 Feb, yang dibawakan oleh Livescape Asia.
Tiket berharga dari RM110 hingga RM270.
Topic Berkaitan
#Jason Lo
#Low Yatt Plaza
#rebate
#Tune Talk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan