awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk rangkaian 5G generasi baharu

Bernama
Bernama
29/03/2025
08:00 MYT
U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk rangkaian 5G generasi baharu
U Mobile akan memberikan pengalaman unggul melalui rangkaian 5G generasi baharu gred perusahaannya.
KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd telah menerima surat anugerah rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk penggunaan rangkaian 5G terbaharu Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Wong Heang Tuck berkata mandat itu meletakkan syarikat itu memainkan peranan penting dalam memajukan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia peneraju ekonomi digital serantau.
Beliau berkata U Mobile akan memberikan pengalaman unggul melalui rangkaian 5G generasi akan datang (generasi baharu) gred perusahaannya.
"Kami komited untuk menyokong transformasi digital negara dengan memacu penggunaan 5G dan menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi negara digital berpendapatan tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wong berkata dengan rekod prestasi yang menjangkau lebih daripada 17 tahun, U Mobile yakin dalam menyampaikan rangkaian 5G generasi seterusnya yang terbaharu.
Syarikat itu juga mengalu-alukan visi kerajaan untuk Rangkaian Dwi 5G dan berkata ia akan meningkatkan kemampanan industri sambil menggalakkan persaingan dan inovasi, mengekalkan Malaysia di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#5G
#MCMC
#U Mobile
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan