awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Brem terima notis penamatan Eda Ranu

Bernama
Bernama
21/03/2013
15:26 MYT
Unit Brem terima notis penamatan Eda Ranu
Brem Holding Bhd mengumumkan hari ini PNG Water Ltd, anak syarikat 51 peratus miliknya, menerima notis penamatan daripada Eda Ranu.
Notis itu bagi penamatan perjanjian konsesi, perjanjian perundingan dan semua perjanjian berkaitan lain, pindaan kontrak dan komitmen antara Eda Ranu dan PNG Water berkuat kuasa serta merta.
PNG Water memeterai perjanjian konsesi dengan NCD Water & Sewerage Pty Ltd pada 23 Jun 1997, bagi perniagaan konsesi air di Port Moresby, Papua New Guinea, bagi tempoh konsesi 22 tahun.
Mengikut terma perjanjian itu, tempoh konsesi akan berakhir pada 22 Jun 2019.
Eda Ranu ialah nama dagangan bagi NCD Water, entiti milik negara yang dimiliki oleh kerajaan Papua New Guinea.
Brem Holding berkata penamatan itu telah dimulakan satu pihak sahaja oleh Eda Ranu.
"Lembaga berpendapat penamatan awal oleh satu pihak itu tidak adil dan tidak boleh dibenarkan, dan mereka akan meminta nasihat peguam berhubung perkara itu," kata syarikat tersebut dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengenai kesan penamatan itu, Brem berkata perniagaan konsesi air tidak akan lagi menjadi satu daripada aktiviti utama kumpulan.
"Keseluruhan kesan kewangan penamatan itu tidak dapat ditentukan buat masa ini kerana Eda Ranu tidak menyediakan kepada PNG Water sebarang petunjuk atau cadangan bagi pampasan atas penamatan awal," kata syarikat itu.
Lembaga akan membuat pengumuman seterusnya apabila terdapat perkembangan baharu berhubung perkara itu, kata syarikat tersebut.
Topic Berkaitan
#Brem Holding
#Eda Ranu
#PNG Water Ltd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan