SAPURA Energy Bhd menerusi anak syarikat tidak langsungnya dan usaha sama dalam kejuruteraan dan pembinaan (E&C) memperoleh kontrak masing-masing dengan nilai gabungan berjumlah RM942 juta dan RM1.7 bilion.
Dalam makluman di Bursa Malaysia pada Khamis, Sapura Energy berkata, bagi anak syarikat tidak langsung, Sapura Projects Pty Ltd diberikan kontrak Spartan & SHUR Transportation dan kerja-kerja pemasangan bagi Santos WA Northwest Pty Ltd. di Australia.
"Kerja-kerja yang dijalankan membabitkan 2 tempoh iaitu pada suku pertama dan suku keempat tahun kalendar 2022 dan dijangka siap menjelang suku keempat 2022," katanya.
Satu lagi kontrak turut membabitkan Sapura Projects Pty Ltd yang dianugerahkan Santos WA Northwest Pty Ltd. bagi kontrak FEED untuk reka bentuk, pembinaan dan pemasangan bagi Wellhead Platform untuk projek Dorado di Bedout, pesisir luar Australia Barat.
Bagi kontrak ini, katanya, ia dijangka siap pada suku pertama tahun kalendar 2024.
Sementara itu, bagi kontrak melibatkan usaha sama di Brazil, ia diperoleh menerusi Sapura Navegação Marítima S.A., anak syarikat milik penuh Seabras Sapura Participações S.A., syarikat usaha sama antara Sapura Offshore Sdn Bhd dan Seabras Serviços De Petroleo S.A., anak syarikat Seadrill Limited.
"Ia diberi kontrak perkhidmatan dan penyewaan khas (charter) bagi operasi kapal penyangga pemasangan paip Sapura Diamante dan Sapura Topazio (PLSV) oleh Petrobas.
"Tempoh kontrak bagi Sapura Diamante dan Sapura Topazio ialah 3 tahun setengah dan kerja-kerja akan dimulakan masing-masing pada 1 Oktober 2021 dan 31 Januari 2022," tambahnya.
Sapura Energy berkata, kontrak-kontrak berkenaan tidak memberi kesan kepada terbitan modal syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan yang berkaitan ketika tempoh kontrak.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 01 2021
Sapura Projects Pty Ltd diberikan kontrak Spartan & SHUR Transportation dan kerja-kerja pemasangan bagi Santos WA Northwest Pty Ltd. di Australia. -Dagang News
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang
Perintah sekatan itu akan membantu syarikat skim untuk terlibat dengan pemiutang tanpa diganggu ancaman litigasi.
Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Susulan Pengisytiharan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero dilantik sebagai pelikuidasi berkuat kuasa 29 Feb 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.
Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama
Ia meningkat 58 peratus kepada RM146.09 juta daripada RM91.93 juta pada suku yang sama bagi tahun kewangan sebelumnya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB
Sebarang pertimbangan berkaitan pelaburan atau penjualan dalam kumpulan Petronas adalah sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.
Sapura Energy Lantik Wan Mashitah dan Nur Iskandar sebagai pengarah
Wan Mashitah Wan Abdullah Sani dan Datuk Nur Iskandar A Samad dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa hari ini.
Kerugian bersih Sapura Energy pada tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM3.20 bilion
Pada suku keempat 2023, syarikat mengurangkan separuh kerugian bersihnya kepada RM3.30 bilion daripada RM6.77 bilion.
Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur pantau perkembangan krisis SVB
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat.