awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unjuran positif bagi Bajet 2017 - Presiden MCA

Bernama
Bernama
23/07/2016
23:01 MYT
Unjuran positif bagi Bajet 2017 - Presiden MCA
Menurut Liow antara projek GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan ialah projek Greater Kuala Lumpur (KL) bagi mengubah rantau ini menjadi sebuah metropolis bertaraf dunia. - Gambar fail
Unjuran Bajet 2017 kelihatan positif berikutan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang cerah melalui pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata antara projek GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan ialah projek Greater Kuala Lumpur (KL) bagi mengubah rantau ini menjadi sebuah metropolis bertaraf dunia.
"Greater KL menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara, selain projek yang akan meningkatkan ekonomi Malaysia termasuk projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT), projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX)," katanya.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Bajet 2017 anjuran MCA bagi mengumpul cadangan dan idea daripada kumpulan bukan kerajaan dan ahli perniagaan Cina untuk Bajet 2017.
Beliau berkata selain itu, pertumbuhan domestik, penyertaan Malaysia dalam Komuniti Ekonomi ASEAN, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Pelan Ekonomi 'Satu Tali Pinggang, Satu Jalan' dengan China boleh menjadikan Malaysia sebagai persekitaran kondusif bagi perdagangan ekonomi.
Pada bengkel itu, para peserta membangkitkan pelbagai isu dan cadangan termasuk tentang cukai peribadi dan syarikat, pekerja asing, pendidikan dan kemahiran program latihan.
Topic Berkaitan
#Bajet 2017
#gtp
#Liow Tiong Lai
#MCA
#Program Transformasi Kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan