Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2017 melonjak lebih 100 peratus kepada RM15.5 bilion daripada RM6.8 bilion pada tempoh sama, tahun lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak negara itu berkata pendapatan lebih tinggi bagi suku berkenaan dipacu terutamanya oleh peningkatan harga minyak serta margin lebih baik dicatatkan perniagaan huluan dan hilirannya.
Ini, katanya, sejajar dengan usaha transformasi yang sedang dilaksanakan dan terbukti menghasilkan pengoptimuman kos serta peningkatan kecekapan yang merentasi rantaian nilai syarikat berkenaan.
Keuntungan sebelum cukai lebih kukuh itu juga disumbangkan terutamanya oleh peningkatan hasil susulan kenaikan purata harga sebenar dan penyusutan bersih aset lebih rendah yang sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan pencukaian, kos pelunasan hartanah minyak dan gas serta produk.
Hasilnya bagi suku itu meningkat sebanyak 25 peratus kepada RM61.6 bilion daripada RM49.1 billion pada suku sama 2016, didorong oleh purata harga direalisasikan lebih tinggi merangkumi semua produk, impak kadar pertukaran serta peningkatan jumlah jualan gas yang diproses.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin menyifatkan prestasi kumpulan yang kukuh dalam suku pertama tahun ini turut dipacu terutamanya oleh inisiatif-inisiatif transformasi Petronas yang terus mendapat sambutan.
"Ini telah mengukuhkan kerjasama dalaman yang merentasi perniagaan huluan serta hiliran (Petronas) yang menyebabkan peningkatan kadar penggunaan kilang, pengeluaran serta pembentukan nilai secara keseluruhannya.
"Kita akan terus menumpukan usaha melonjakkan perniagaan huluan dan hiliran bagi memaksimumkan pulangan serta meraih nilai sebagai sebuah syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya," katanya.
Selain itu, Petronas berkata pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan margin pelunasan kumpulan itu meningkat RM9.0 bilion atau 58 peratus kepada RM24.6 bilion berbanding RM15.6 bilion bagi suku sama tahun lepas.
Aliran tunai operasi kumpulan juga meningkat sebanyak 86 peratus kepada RM18.0 bilion berbanding suku sama tahun lepas berikutan harga purata yang lebih tinggi.
Selain itu, pelaksanaan usaha-usaha dalaman bagi mengurangkan kos serta mempertingkatkan kecekapannya juga terus membolehkan Petronas mengurangkan perbelanjaan operasi boleh dikawal kepada RM11.1 bilion daripada RM11.4 bilion.
Dalam pada itu, jumlah aset kumpulan pula berkurangan kepada RM602.1 bilion setakat 31 Mac, 2017 daripada RM603.3 bilion setakat 31 Dis, 2016 susulan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Ekuiti pemegang sahamnya pula meningkat kepada RM386.9 bilion setakat 31 Mac, 2017 daripada RM380.3 bilion setakat 31 Dis, 2016 yang disumbang oleh keuntungan yang dijana dalam tempoh berkenaan.
Nisbah hutang merosot kepada 17.1 peratus setakat 31 Mac, 2017 berbanding 17.4 peratus setakat 31 Dis, 2016 dengan sebahagian besarnya hasil peningkatan keuntungan ekuiti diraih dalam tempoh itu.
Pulangan ke atas purata modal yang digunakan (ROACE) pula meningkat kepada 6.6 peratus berbanding 5.3 peratus setakat 31 Dis, 2016 yang seiringan dengan peningkatan keuntungan kumpulan.
Bagi kemajuan masa depan, Petronas mengekalkan prospek konservatif untuk tempoh berbaki 2017 biarpun mencatat keputusan positif kerana keseimbangan permintaan dan penawaran yang masih perlahan.
Kumpulan itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha di semua peringkatnya bagi mengoptimumkan kos, meneruskan daya kecekapannya dan kecemerlangan operasi menerusi kerjasama dalam industri itu, kata Petronas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2017
Petronas berkata pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan margin pelunasan kumpulan itu meningkat RM9.0 bilion atau 58 peratus kepada RM24.6 bilion berbanding RM15.6 bilion bagi suku sama tahun lepas. - Gambar fail
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menurun pasaran niaga hadapan serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.