KUALA LUMPUR: Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) yang diumumkan kerajaan pada Rabu bagi membantu golongan paling terjejas dijangka memberi kesan minimum kepada sektor perbankan meskipun terdapat beberapa langkah pelaksanaannya adalah mengejutkan.
Secara keseluruhan, bank-bank dianggarkan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi membiayai kos program ini, yang dirangka secara bersama oleh sektor perbankan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Menerusi program ini, kemudahan ditawarkan kepada peminjam termasuklah pengecualian faedah untuk 3 bulan dan pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan termasuk pengurangan kadar faedah.
Penganalisis CGS-CIMB, Winson Ng berkata, pengecualian faedah itu dijangka memberi impak negatif kepada untung bersih bank sekitar 1.6% bagi tahun kewangan 2022 ke atas Hong Leong Bank, Ambank Group dan Alliance Bank manakala bank-bank lain pula bagi tahun kewangan 2021.
Katanya, unjuran itu adalah lebih rendah berbanding 4.1% sebelum ini setelah ia mengurangkan peruntukan pinjaman kepada peminjam B50 yang layak mendapatkan pengecualian 3 bulan daripada 50% kepada 20%.
"Berdasarkan simulasi yang kami jalankan, kami anggarkan pengecualian cukai ini akan mengurangkan pendapatan faedah bank di bawah liputan kami sebanyak RM614 juta, sebahagian besarnya sejajar dengan jangkaan bank terhadap impak RM1 bilion bagi keseluruhan industri perbankan," katanya dalam nota kajian hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, cadangan untuk memberi ansuran yang lebih kecil sehingga 24 bulan dengan kadar faedah lebih rendah adalah sesuatu yang negatif dan mengejutkan kerana ia memberi isyarat bahawa bank perlu menanggung kerugian tambahan dalam tahun kewangan 2022 hingga 2023 daripada bantuan kewangan yang diberikan kepada peminjam.
"Setakat ini, kami tidak dapat membuat anggaran yang tepat daripada langkah ini memandangkan ia bergantung kepada jumlah bayaran bulanan.
"Namun, kami percaya impak ini tidak ketara memandangkan pengurangan kadar faedah tidaklah dalam jumlah yang besar dan hanya membabitkan peratusan yang kecil daripada peminjam," katanya.
Secara keseluruhan, firma itu masih mengekalkan penarafan 'overweight' bagi sektor perbankan dengan anggaran pemulihan pendapatan dan untung bersih pada tahun kewangan 2021 dan 2022 masing-masing sebanyak 15.8% dan 8.2% masih kekal kukuh.
Dalam masa sama, masih terdapat risiko penurunan bagi penarafan ini terutamanya bergantung kepada pertumbuhan ekonomi dan juga sama ada pengecualian faedah itu dilanjutkan selepas 3 bulan atau kaedah sama diberikan kepada peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Permohonan untuk program ini akan dibuka dari 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menyifatkan program Urus sebagai melengkapkan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan paling terjejas sejajar dengan pembukaan semula ekonomi, pemulihan negara serta langkah mengurangkan kesan jangka panjang yang berkekalan terhadap ekonomi negara.
Malah, Tengku Zafrul berkata, kementerian turut menyambut baik Urus yang menjadi program bantuan bayaran balik pinjaman komprehensif dan dirangka secara bersama oleh sektor perbankan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara itu, penganalisis Public Investment Bank Research, Ching Weng Jin berkata, ketidaktentuan dalam tempoh jangka pendek terutama daripada program-program bantuan semasa adalah bersifat semula jadi, tetapi sebarang kerugian pengubahsuaian yang berlaku sukar untuk diatasi selama bertahun-tahun.
"Sistem perbankan masih mempunyai kecairan mencukupi dan bank menggunakannya dengan baik, manakala kadar faedah pula dijangka kembali normal pada 2022.
"Ini memperlihatkan kualiti aset dan pertumbuhan pinjaman bertambah baik dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang sejajar pemulihan ekonomi.
"Dalam hal ini kami tidak melihat keadaan akan kembali buruk seperti mana yang berlaku pada 2020," katanya yang mengekalkan pandangan 'neutral' terhadap sektor perbankan.
Pada masa sama, beliau tidak menolak rasa bimbangnya terhadap kenyataan agensi penarafan S&P Global Ratings pada akhir September lalu, yang menyatakan risiko sistemik dalam institusi perbankan di Malaysia semakin meningkat.
Sementara itu, penganalisis AmInvestment Bank Research, Kelvin Ong berkata, impak pengecualian faedah selama 3 bulan ke atas Hong Leong Bank kekal kekal terurus tanpa menjejaskan pendapatan kumpulan.
Ini kerana katanya, kerajaan telah meletakkan kriteria yang ketat kepada pemohon yang layak, terutama kepada mereka hilang pekerjaan atau kekurangan 50% pendapatan bulanan.
"Langkah ini dapat mengelakkan peminjam lain mengambil kesempatan daripada bantuan yang ditawarkan di bawah URUS. Oleh itu, kami menjangkakan kesan ini adalah sedikit ke atas Hong Leong Bank berbanding anggaran awal kami, sebanyak RM54 juta," jelasnya.
Setakat 10.59 pagi ini, saham-saham perbankan menyaksikan dagangan positif susulan pengumuman kerajaan mengenai program Urus.
Ia menyaksikan Maybank menokok 4 sen kepada RM8.32, diikuti CIMB Group naik 4 sen kepada RM5.16, Public Bank naik 1 sen kepada RM4.20 dan Alliance Bank naik 1 sen kepada RM2.71.
Bank Islam juga meningkat 1 sen kepada RM3.16 manakala RHB Bank naik 8 sen kepada RM5.74. Sebaliknya Ambank Group diniagakan tidak berubah pada RM3.23 dan Hong Leong pula susut 2 sen kepada RM18.70.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Oct 16 2021
Urus yang diumumkan kerajaan bagi membantu golongan paling terjejas dijangka memberi kesan minimum kepada sektor perbankan meskipun terdapat beberapa langkah pelaksanaannya adalah mengejutkan. -Gambar hiasan
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas Helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Fokus siasatan nahas helikopter TLDM di Lumut
Bersama ditalian, Kapten Manan Mansor, Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.