Skip to main content

Malaysia

Ibu jumpa mayat anak dalam bilik berkunci

TUMPAT – Perasaan pelik seorang ibu apabila anak lelakinya tidak keluar dari bilik selama beberapa hari membawa kepada penemuan mayat lelaki itu di sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu di sini pada Sabtu.
Penganggur berusia 35 tahun itu ditemukan meninggal dunia di dalam biliknya yang berkunci dari dalam. Gambar kecil: Mohd Khairi

TUMPAT: Perasaan pelik seorang ibu apabila anak lelakinya tidak keluar dari bilik selama beberapa hari membawa kepada penemuan mayat lelaki itu di sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu, di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 35 tahun yang merupakan seorang penganggur ditemukan meninggal dunia di dalam biliknya yang berkunci dari dalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada jam 6.27 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati ibu mangsa yang berusia 71 tahun mula berasa curiga selepas anaknya tidak keluar bilik.

“Wanita itu kemudian bertindak memeriksa keadaan anaknya sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik yang berkunci dari dalam.

“Pihak polis bersama petugas perubatan Hospital Tumpat yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat ditentukan berikutan keadaan mayat yang mereput.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement