awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
14/07/2024
09:08 MYT
Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan. - Gambar fail
TUMPAT: Pelbagai usaha bersepadu kerajaan seperti galakan pendapatan langsung asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), hasil syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang dibawa balik ke Malaysia serta pemantauan penukaran hasil eksport dan import, dilihat membantu prestasi ringgit yang semakin mengukuh.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata prestasi mata wang itu juga bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan membabitkan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Sehubungan itu, beliau yakin usaha sedemikian dan pengurusan fiskal yang efisien itu akan terus mendorong peningkatan ringgit pada separuh kedua 2024.
"Sepertimana yang kita lihat, prestasi (nilai) ringgit semalam berada pada sekitar 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Amir Hamzah berkata sehingga Khamis lepas, ringgit juga berada di kedudukan pertama dalam kalangan negara serantau dengan mencatat peningkatan sekitar dua peratus manakala purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan pula meningkat kepada US$17.6 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prestasi ringgit
#Amir Hamzah Azizan
#usaha bersepadu
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan