Usaha-usaha mempromosikan Malaysia kepada lebih 3,000 delegasi global yang menghadiri perhimpunan berprestij di Forum Ekonomi Dunia di pusat peranginan di sini terus giat dijalankan menerusi sepanduk, iklan majalah serta laman sesawang khas.
Promosi secara besar-besaran maklumat media itu bertujuan memaklumkan kepada para pemimpin, warga korporat, malah, media asing mengenai peluang hebat dalam pelaburan dan perniagaan Malaysia dalam ia bergerak ke arah menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.
Satu inisiatif yang benar-benar menarik perhatian ialah iklan setinggi lima tingkat di dinding Sport Hotel dan Congres Hotel, kedua-duanya terletak berdekatan bangunan Kongres, Zentrum, iaitu venue bagi forum WEF berkenaan.
Iklan utama Malaysia yang bertajuk "Endless Possibilities" dengan alamat laman sesawang www.malaysia.my megah terpapar di dalamnya.
Selain daripada itu, terdapat juga iklan mengenai Malaysia di bahagian muka surat hadapan dan belakang majalah perniagaan terkemuka "The Economist" yang diedarkan kepada para delegasi WEF, satu langkah yang dilihat agar elit perniagaan dan politik global menyedari akan banyak kelebihan pelaburan Malaysia.
Satu artikel mengenai pencapaian program transformasi ekonomi (ETP) yang sedang dilaksanakan di Malaysia dan program transformasi kerajaan (GTP) turut menjadi paparan tengah majalah berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan menghadiri forum itu atas jemputan Pengerusi WEF, Professor Klaus Schwab, akan berusaha bersungguh-sungguh "memasarkan" Malaysia ke persada dunia.
Ini penting untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia di celah-celah ketidaktentuan ekonomi global bagi memastikan ekonomi terus mampan, agenda peningkatan ekonomi dapat diteruskan serta dapat menjana peluang pekerjaan yang amat diperlukan, terutamanya untuk generasi muda negara.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan mengagumkan para penggubal keputusan yang Malaysia tidak dapat dinafikan lagi menawarkan peluang perniagaan dan potensi perniagaan menerusi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara.
Penyertaan Perdana Menteri di forum itu diaturkan dengan cara yang begitu strategik dan berkaedah bagi memastikan yang Malaysia dipasarkan secara berkesan dan boleh memberikan faedah holistik kepada negara.
Bernama
Thu Jan 24 2013
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Saya tidak berdendam dengan Najib, saya PM kena adil - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Najib pertahan sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bahawa adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa wang yang diterima dalam akaun bank peribadi AmIslamik merupakan sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud.
Dua lelaki ditahan, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di Kluang, Johor pada Selasa lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos
BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023.
MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur.
Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang berlangsung di Davos, Switzerland berakhir dengan jayanya 28 Mei lalu.
[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Keperluan bagi Asia Tenggara untuk "bersuara" dan "menjaga kepentingan sendiri" kini menjadi suatu perkara yang lebih penting untuk disegerakan berbanding masa dulu.
WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat selepas menerima kelulusan Kabinet.
Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson
Kerajaan sesebuah negara perlu membuat pelaburan ke atas fasiliti menangani masalah kesihatan mental ketika pandemik COVID-19.
Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura
Sekiranya kedua-dua negara tidak dapat bekerjasama, ia bukan sahaja akan menjejaskan negara tersebut malah negara lain turut terkena tempiasnya.