Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memeterai usahasama dengan Goodman Group di ibu negara dengan nilai pelaburan mencecah RM1.4 bilion di sini, hari ini.

Ia merangkumi pelaburan dalam sektor perindustrian dan aset logistik yang sofistikated.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Strategi KWSP, Mohamad Nasir Ab Latif, kolaborasi kali ketiga ini melibatkan usahasama 50-50 pelaburan daripada kedua-dua pihak.

Pelaburan dalam bentuk gudang logistik moden dijangka dibina di Malaysia dan Singapura.

Ia dijangka memberi pulangan atas pelaburan (ROI) tujuh peratus.

"Gudang ini akan meliputi kawasan seluas 15 ekar. Strukturnya berbentuk moden dan dibina dengan elemen jimat tenaga dalam pengendalian operasinya. Konsepnya serupa dengan Syarikat MNC seperti Amazon dan Schenker," kata Mohamed Nasir.

Setakat 31 Disember 2014, hartanah dan infrastuktur menyumbang 3.01 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP yang berjumlah RM1.39 bilion.

Ia merekod kenaikan sebanyak 22.3 peratus daripada pendapatan pada 2013.