KUALA LUMPUR: Pameran pelancongan maya, Virtual Tourism Expo 2021 (VTE2021) yang akan diadakan bermula 27 hingga 29 Ogos 2021.
Persatuan Teknologi Pelancongan Digital Malaysia (DiTTAM) memberitahu, pameran yang bertemakan 'Semuanya Ada Di Malaysia' itu mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Jabatan Pelancongan Negeri serta penggiat industri pelancongan tempatan dalam usaha mempromosikan pelancongan domestik.
Kerjasama tersebut seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan pelancongan domestik selain mewujudkan platform pemasaran maya untuk pemain industri yang terlibat secara khusus dalam pakej dan perkhidmatan domestik.
Pengerusi VTE2021, Datuk Jeffri Sulaiman berkata, VTE2021 akan memberikan suatu pengalaman baharu kepada para pengunjung ekspo yang akan teruju dengan ruang pameran maya berteknologi tiga dimensi atau 3-D yang direka khas menyerupai pameran secara fizikal.
"Para pengunjung akan dapat berinteraksi secara maya dan 'live' dengan peserta pameran serta dapat membeli pakej-pakej pelancongan secara dalam talian melalui teknologi digital canggih 3-D yang disediakan oleh DiTTAM.
"DiTTAM telah menyediakan lebih daripada 150 ruang pameran teknologi 3-D dalam VTE 2021 yang boleh dikunjungi secara maya oleh para pengunjung pada bila-bila masa ketika Pameran VTE2021 berlangsung.
"Dengan sokongan dari Tourism Malaysia, Jabatan Pelancongan Negeri, Persatuan Pelancongan, Hotel dan Resort serta pemain Industri Pelancongan Tempatan, Pameran VTE 2021 akan dapat menyumbang dan menyokong pertumbuhan pelancongan domestik," katanya dalam satu kenyataan.
VTE2021 akan dianjurkan di DiTTAM Virtual Convention Center (DVCC) bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam secara dalam talian.
Tourism Malaysia serta Jabatan Pelancongan Negeri seperti Langkawi, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka turut mengesahkan keberadaan pihaknya di Pameran VTE 2021.
Selain itu, VTE 2021 tersebut juga akan disertai oleh Persatuan Kelab-kelab Golf, Persatuan Penyelam, Inap Desa, Hotel, Resort dan agensi pelancongan yang akan berkampung secara maya di VTE2021 selama tiga hari.
Pameran maya tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri.
Berita asal di DagangNews.com.
Dagang News
Thu Aug 12 2021
VTE2021 akan dianjurkan di DiTTAM Virtual Convention Center (DVCC) bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam secara dalam talian.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Tourism Malaysia sertai pameran pelancongan terbesar Belanda
Penyertaan itu adalah kerjasama pempamer bersama Lembaga Pelancongan Sabah, Mike Bikes, serta pengendali pelancongan tempatan Pangea Travel dan Reisbrigade.
Berkongsi kisah jerebu menerusi karya seni
Seni dapat membantu orang awam untuk memahami isu ini dan mengaitkan dengan kehidupan mereka.
Ruang udara Langkawi ditutup bermula esok, pengoperasian dron dilarang
Larangan pengoperasian dron antara lain adalah untuk memastikan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat.
Kemboja pecahkan Rekod Dunia Guinness bagi pameran origami hati terbesar
Hampir 4 juta origami berbentuk hati dipamerkan di kompleks Taman Arkeologi Angkor di wilayah Siem Reap Kemboja.
Karya 'Alir' suarakan hasrat rakyat Kelantan
Pameran kontemporari After Monsoon menghimpunkan karya yang berkaitan pasca tengkujuh di negeri itu.
Terjemah penggunaan telefon pintar masa kini menerusi lukisan hieroglif
Keunikan karya itu membuatkan Salyuddin Yusof terpilih sebagai antara lima penerima Anugerah Insentif pada pameran kali ini.
Pelukis pelarian pamer hasil seni minggu depan
Lebih 120 karya seni asli hasil ciptaan 13 artis pelarian yang berbakat dari Afghanistan, Iran, Pakistan dan Syria bakal dipamerkan.
Terengganu sertai pameran WTM di London tarik pelancong asing
WTM adalah platform yang baik untuk mengetengahkan produk pelancongan yang berpotensi ke luar negara terutama pasaran Eropah.
Galeri seni maya Khazanah satu pendemokrasian seni - Sultan Nazrin
Baginda juga menyifatkan inisiatif galeri seni maya melalui Galeri Khazanah sebagai 'pendemokrasian seni', yang membolehkan karya seni diakses secara lebih berkesan
Dua maut dalam insiden tembakan di Los Angeles
Tujuh mangsa dibawa ke hospital berdekatan, dan dua daripada mereka, seorang lelaki dan seorang wanita, meninggal dunia.