awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/01/2025
04:15 MYT
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Anwar pada sidang media bersama wakil media Malaysia mengakhiri lawatan kerja ke Davos sempena WEF 2025. - Foto BERNAMA
DAVOS: Beberapa syarikat multinasional menunjukkan minat untuk melabur serta meneruskan pelaburan sedia ada ke Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Ujar beliau, ia termasuk hasrat syarikat pelombongan logam Australia, Fortescue untuk melabur dalam sektor automotif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak.
"Kerajaan Sarawak juga secara prinsip bersetuju dengan hasrat itu.
"Selain langkah-langkah yang telah dilaksanakan sekarang, saya juga telah memberi jaminan beberapa insentif dan sokongan akan diberi supaya menjadikan Bintulu sebagai hab kepada sektor tersebut," katanya pada sidang media bersama wakil media Malaysia mengakhiri lawatan kerja ke Davos sempena WEF 2025.
Mengulas lanjut, beliau berkata kolaborasi bersama syarikat pelabuhan Dubai, DP World juga berpotensi menjadikan Sepangar, Sabah sebagai antara pelabuhan besar di rantau ini.
Sementara Google pula ujar beliau akan terus melaksana program bersakala besar dengan memberi manfaat kepada pemusatan data khusus di Johor, Pulau Pinang dan Perak.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#WEF
#Anwar Ibrahim
#Syarikat multinasional
#melabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan