awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/01/2025
04:00 MYT
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
Anwar pada sidang media bersama wakil media Malaysia mengakhiri lawatan kerja ke Davos sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025. - Foto BERNAMA
DAVOS: ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Ia melibatkan beberapa perkara asas lain termasuk pendidikan, teknologi makanan, transisi tenaga serta strategik Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai inisiatif dibangun bersama negara anggota menunjukkan kemajuan luar biasa terutama membabitkan ketersambungan serta digital untuk ASEAN.
"ASEAN berpotensi besar lantaran menjadi rantau yang mempunyai hampir 700 juta penduduk.
"Selain itu, pertumbuhan ekonomi ASEAN paling pesat selain merupakan rantau yang lebih aman, jadi kita ada potensi besar.
"Selain perkara asas seperti pendikan dan teknologi makanan, (turut menjadi tumpuan) adalah transisi tenaga dan grid dari Indo-China, Thailand, Malaysia Singapura, Indonesia dan ke Filipina.
"Ini sesuatu yang agak berlainan, ia suatu kemajuan laur baisa termasuk jaringan dan digital untuk ASEAN," katanya pada sidang media bersama wakil media Malaysia mengakhiri lawatan kerja ke Davos sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Mengulas mengenai penglibatan dalam WEF 2025, Perdana Menteri turut memperincikan keistimewaan serta pendirian ASEAN.
Selaku Pengerusi ASEAN, beliau berpendirian blok itu memberi fokus kepada ekonomi dan perdagangan.
Malah memanfaatkan perdagangan intra-ASEAN sebagai kekuatan seiring dengan kemajuan Amerika Syarikat, China, Eropah dan BRICS.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#WEF
#ASEAN
#Anwar Ibrahim
#pertumbuhan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan