awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wira Dani Daim letak jawatan dalam LionGold Corp pada 15 Ogos

Bernama
Bernama
18/08/2016
15:55 MYT
Wira Dani Daim letak jawatan dalam LionGold Corp pada 15 Ogos
Baru-baru ini LionGold memaklumkan bahawa alasan peletakan jawatan Md Wira Dani adalah 'untuk menyelesaikan hal peribadi'.
Datuk Md Wira Dani Che Abdul Daim meletak jawatan dalam LionGold Corp Ltd pada 15 Ogos, demikian menurut makluman syarikat itu kepada Bursa Singapura.
LionGold mempunyai kepentingan dalam syarikat perlombongan emas dan cari gali di Australia dan Ghana.
Unit Australia milik penuh syarikat itu, Castlemaine Goldfields, mengeluarkan kira-kira 45,000 auns emas pada tahun kewangan berakhir 2015, menyumbang S$73 juta (S$1=RM2.99) kepada perolehan.
Baru-baru ini LionGold memaklumkan bahawa alasan peletakan jawatan Md Wira Dani adalah "untuk menyelesaikan hal peribadi susulan perintah muflis ke atasnya oleh mahkamah Singapura, yang ingin diselesaikan beliau dalam tempoh 30 hari."
Md Wira Dani, 37, merupakan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif LionGold Corp sejak 30 September, 2015.
Beliau adalah anak kepada bekas menteri kewangan Malaysia.
Sementara itu, Straits Times hari ini melaporkan Md Wira Dani diisytiharkan muflis minggu lepas membabitkan hutang sebanyak S$1.65 juta dengan Maybank Kim Eng Securities.
Topic Berkaitan
#Bursa Singapura
#letak jawatan
#LionGold Corp
#Wira Dani Daim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan