Skip to main content

Bisnes

Ringgit dibuka berubah sedikit berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang utama lain

Pada 8 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.0705/0770 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Pada 8 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.0705/0770 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka berubah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur menilai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terkini dan implikasinya terhadap prospek kadar faedah.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.0705/0770 berbanding dolar AS daripada 4.0710/0745 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa petunjuk yang cenderung kepada kadar faedah tinggi daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat menjadi faktor utama yang menyokong mata wang AS itu.

Advertisement

Katanya Indeks Dolar AS meningkat 0.67 peratus kepada 102.911 mata selepas pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Oktober yang mencatatkan bacaan lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.

“Perkembangan seterusnya akan menentukan sama ada kebimbangan sedemikian akan berterusan, terutamanya apabila harga minyak mentah Brent berada di bawah AS$100 setong.

Advertisement

“Buat masa ini, pendirian Fed yang cenderung kepada kadar faedah tinggi menjadi faktor utama yang menyokong pengukuhan dolar AS. Kami menjangka dolar AS-ringgit diniagakan dalam julat RM4.07 hingga RM4.08 hari ini,” katanya.

Ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.5158/5230 daripada 4.5343/5382 semasa ditutup pada Rabu, mengukuh berbanding pound kepada 5.4036/4122 daripada 5.4246/4293 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5479/5521 daripada 2.5609/5632 sebelum ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.0497/0764 daripada 12.0963/1117 dan dolar Singapura kepada 3.1689/1742 daripada 3.1745/1775.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 224.2/224.7 daripada 224.3/224.6 sebelum ini.

Sementara itu, mata wang tempatan berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.43/6.45 daripada 6.43/6.44 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement