awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WTCA akan wujudkan lebih banyak acara global - Irmohizam

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2022
04:41 MYT
WTCA akan wujudkan lebih banyak acara global - Irmohizam
Datuk Seri Dr Irmohizam menghadiri mesyuarat WTCA Asia Pasifik 2022 secara dalam talian hari ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) komited untuk mewujudkan lebih banyak acara global melibatkan persidangan dan pameran.
Pengerusi Konvensyen dan Pameran WTCA, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata sebagai usaha untuk merealisasikan perkara itu, pelbagai kempen akan dijalankan, selain berkolaborasi dengan organisasi antarabangsa untuk jangkauan dan pendedahan yang lebih baik.
Jelas Irmohizam yang juga Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), beliau juga berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat WTCA Asia Pasifik 2022 secara dalam talian hari ini.
"Turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut tentang laporan mengenai kajian Perkhidmatan WTC, pameran perdagangan sebagai perkhidmatan, permulaan untuk mewujudkan perkhidmatan serta kerjasama bagi menyokong perkhidmatan yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan.
Turut hadir antaranya ahli-ahli dari WTC Bhubaneswar, Chandigarh, Faridabad, Goa, Haikou & Sanya, Jaipur, Metro Manila, serta Mumbai.
Jelas beliau, mereka turut diberi taklimat berhubung kemas kini terbaru WTC termasuk perbincangan mengenai Pembangunan Perkhidmatan WTC.
Topic Berkaitan
#WTCKL
#Pameran WTCKL
#Sektor perniagaan Malaysia
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan