Ringkasan AI
- Prosiding kes Felda dan FIC dengan Synergy Promenade Sdn Bhd ditangguh selepas timbul isu kematian dua individu plaintif.
- Hakim mengarahkan penjelasan sama ada terdapat wakil sah atau kedua-dua individu perlu digugurkan daripada prosiding.
- Kes berkaitan projek Kuala Lumpur Vertical City, di mana SPSB mendakwa Felda dan FIC gagal menyerahkan tanah seperti dipersetujui.
KUALA LUMPUR: Prosiding perbicaraan kes di antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dengan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) ditangguh pada Selasa selepas timbul persoalan mengenai kedudukan dua individu daripada pihak plaintif yang didakwa telah meninggal dunia.
Dua individu berkenaan ialah bekas Ketua Pengarah Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Omar Salim.
Persoalan itu dibangkitkan pihak peguam berhubung sama ada terdapat wakil yang boleh mewakili kepentingan kedua-dua individu berkenaan dalam prosiding tersebut.
Hakim Datuk Arik Sanusi Yeop Johari kemudian mengarahkan pihak peguam berkaitan menyediakan penjelasan untuk prosiding esok, termasuk sama ada terdapat wakil yang sah atau kedudukan kedua-dua individu itu perlu digugurkan daripada prosiding.
SPSB diwakili peguam Rajesh Kumar Sharma dan Amrit Pal Singh.
Kes berkenaan mempunyai kaitan dengan pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak, di sini.
SPSB sebelum ini dilantik FIC sebagai pemaju utama projek berkenaan menerusi perjanjian yang dimeterai pada 2 Jun 2014.
Menerusi perjanjian itu, SPSB diberikan hak untuk membangunkan projek pembangunan bercampur membabitkan 24 bidang tanah milik Felda berkeluasan keseluruhan 20.66 ekar di Jalan Semarak.
SPSB sebelum ini mendakwa Felda dan FIC gagal menyerahkan tanah berkenaan seperti yang dipersetujui, dengan hanya Lot 390, Wisma Felda diserahkan pada Januari 2026.
Syarikat itu kemudiannya memfailkan saman terhadap Felda dan FIC pada Julai 2019 bagi mendapatkan perintah supaya kedua-dua pihak mematuhi perjanjian berkenaan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa prosiding perbicaraan antara Felda, FIC dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) ditangguhkan?
A: Prosiding ditangguhkan kerana timbul persoalan mengenai kedudukan dua individu plaintif yang didakwa telah meninggal dunia. - Q: Siapakah dua individu yang dikaitkan dengan isu dalam prosiding tersebut?
A: Dua individu tersebut ialah bekas Ketua Pengarah Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Omar Salim. - Q: Apakah tindakan yang diarahkan oleh hakim berkaitan isu kedudukan dua individu tersebut?
A: Hakim mengarahkan pihak peguam menyediakan penjelasan untuk prosiding seterusnya, termasuk sama ada terdapat wakil yang sah atau kedudukan kedua-dua individu itu perlu digugurkan daripada prosiding. - Q: Apakah kaitan kes ini dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)?
A: Kes ini berkaitan dengan pembangunan KLVC di Jalan Semarak, di mana SPSB dilantik sebagai pemaju utama projek tersebut oleh FIC melalui perjanjian pada 2 Jun 2014. - Q: Apakah tuntutan yang difailkan oleh SPSB terhadap Felda dan FIC?
A: SPSB memfailkan saman pada Julai 2019 untuk mendapatkan perintah supaya Felda dan FIC mematuhi perjanjian, selepas mendakwa hanya Lot 390, Wisma Felda diserahkan pada Januari 2026 dan tanah lain tidak diserahkan seperti dipersetujui.