Skip to main content

Malaysia

NUTRISEL: 900,000 murid, pelajar Selangor terima set makanan pertengahan Oktober

Amirudin (tengah) menyantuni murid-murid selepas Simbolik Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Kuala Langat hari ini. - fotoBERNAMA
Amirudin (tengah) menyantuni murid-murid selepas Simbolik Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Kuala Langat hari ini. - fotoBERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan Selangor akan melaksanakan Mega Nutrisi Selangor (NUTRISEL) pertengahan bulan ini melibatkan lebih 900,000 murid di lebih 900 sekolah secara serentak.
  • Pelaksanaan berskala besar ini bertujuan menguji pendekatan bantuan makanan kepada semua murid, berbanding sebelum ini yang menyasarkan penerima terpilih sahaja.
  • Program NUTRISEL melibatkan peruntukan RM12.6 juta dan bertujuan membantu keluarga B40 serta memastikan murid mendapat nutrisi mencukupi untuk pembelajaran.

KUALA LANGAT: Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Mega Nutrisi Selangor (NUTRISEL) pada pertengahan bulan ini melibatkan lebih 900,000 murid dan pelajar di lebih 900 sekolah di seluruh negeri secara serentak.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan berskala besar itu untuk menguji pendekatan pemberian bantuan makanan kepada keseluruhan murid dan pelajar di Selangor berbanding pelaksanaan NUTRISEL sebelum ini yang menyasarkan penerima terpilih.

Beliau berkata pelaksanaan Mega NUTRISEL itu juga membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik, termasuk jenis produk makanan yang disediakan.

“Berdasarkan sambutan setakat ini, semuanya berjalan dengan baik termasuk mendapat tambahan RM2 juta daripada peruntukan sedia ada supaya NUTRISEL boleh diperkasakan, antaranya menambah produk seperti susu dan roti kepada penerima,” katanya.

Amirudin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Simbolik Penyerahan Program NUTRISEL 2026 Peringkat Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan 746 pek makanan NUTRISEL mengandungi roti, air, nasi lemak dan buah-buahan serta kipas mudah alih kepada murid dan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) dan SMK Telok Panglima Garang.

Program NUTRISEL dari Ogos hingga Oktober 2026 melibatkan peruntukan keseluruhan RM12.6 juta yang disalurkan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Amirudin berkata pelaksanaan NUTRISEL di Kuala Langat memberikan manfaat kepada 8,616 penerima di 78 sekolah daripada keseluruhan 65,684 murid dan pelajar di bawah pentadbiran MPKL.

Jumlah keseluruhan penerima setakat ini ialah 104,640 orang meliputi pelbagai kategori di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) melibatkan 916 sekolah dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan 16 sekolah, bersamaan kira-kira 10 peratus daripada jumlah murid dan pelajar di Selangor.

Program itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga B40 berpendapatan isi rumah di bawah RM2,000, selain memastikan murid dan pelajar mendapat nutrisi mencukupi untuk menyokong mereka memberi tumpuan dalam pembelajaran.

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah itu program Mega Nutrisi Selangor (NUTRISEL)? 
    A: Mega NUTRISEL ialah program bantuan makanan berskala besar yang akan dilaksanakan di lebih 900 sekolah di Selangor, melibatkan lebih 900,000 murid dan pelajar secara serentak.
  • Q: Apakah tujuan utama pelaksanaan Mega NUTRISEL? 
    A: Tujuan utama Mega NUTRISEL adalah untuk menguji pendekatan pemberian bantuan makanan kepada semua murid dan pelajar di Selangor, serta mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik termasuk jenis produk makanan yang disediakan.
  • Q: Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk program NUTRISEL dari Ogos hingga Oktober 2026? 
    A: Jumlah peruntukan keseluruhan untuk program NUTRISEL dari Ogos hingga Oktober 2026 ialah RM12.6 juta.
  • Q: Siapakah golongan sasaran utama program NUTRISEL? 
    A: Golongan sasaran utama ialah murid dan pelajar dari keluarga B40 yang berpendapatan isi rumah di bawah RM2,000, bagi membantu meringankan beban kewangan dan memastikan mereka mendapat nutrisi mencukupi.
  • Q: Apakah jenis makanan yang diberikan dalam pek NUTRISEL? 
    A: Pek NUTRISEL mengandungi roti, air, nasi lemak, buah-buahan, dan kipas mudah alih untuk murid dan pelajar.

Product Recommendation Section Title

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Must Watch Video

Advertisement