Skip to main content

Malaysia

Henti daftar pelarian baharu, tanpa permit dianggap PATI - Radzi Jidin

Mohd Radzi (foto) memberi amaran kegagalan menguruskan isu pelarian dengan segera dan cermat berisiko mencetuskan konflik antara rakyat Malaysia dengan komuniti pelarian. -Gambar fail
Mohd Radzi (foto) memberi amaran kegagalan menguruskan isu pelarian dengan segera dan cermat berisiko mencetuskan konflik antara rakyat Malaysia dengan komuniti pelarian. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan digesa hentikan pendaftaran pelarian baharu bagi membendung pertambahan pelarian dan kemasukan melalui sindiket penyeludupan manusia.
  • Datuk Mohd Radzi Jidin mencadangkan operasi bersepadu di sempadan dan program meningkatkan kadar penempatan semula pelarian ke negara ketiga.
  • Beliau memberi amaran kegagalan mengurus isu pelarian boleh cetus konflik masyarakat serta memberi tekanan kepada kewangan dan sistem perkhidmatan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menghentikan pendaftaran pelarian baharu di Malaysia dalam usaha membendung pertambahan jumlah pelarian dan kemasukan melalui sindiket penyeludupan manusia.

Datuk Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berkata individu yang berada di negara ini tanpa permit sah pula perlu dianggap sebagai pendatang tanpa izin (PATI).

“Sesiapa sahaja yang berada di negara ini pada hari ini tanpa permit yang sah dianggap sebagai pendatang tanpa izin.

“Jika mereka ditangkap, maka pendatang tanpa izin ini akan dihantar balik ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Penyata Pengurusan Pelarian di Malaysia di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mohd Radzi berkata langkah itu akan menghantar isyarat jelas kepada pelarian yang bercadang memasuki Malaysia serta sindiket penyeludupan manusia.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memastikan sebarang cadangan mewujudkan dokumen pendaftaran pelarian tidak dieksploitasi sindiket untuk mendaftarkan PATI sebagai pelarian.

Dalam perbahasannya, Mohd Radzi turut membangkitkan jumlah pelarian dan pemohon suaka yang berada di Malaysia serta kadar penempatan semula ke negara ketiga.

Beliau memetik jawapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa seramai 222,366 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) setakat Jun 2026.

Namun, katanya, berdasarkan data KDN, hanya 974 orang ditempatkan semula ke negara ketiga bagi tempoh sehingga Jun tahun ini.

Berdasarkan angka itu, Mohd Radzi menganggarkan proses penempatan semula keseluruhan pelarian sedia ada boleh mengambil masa lebih satu abad sekiranya kadarnya kekal rendah.

“Bagi tahun 2026 sehingga bulan Jun, seramai 974 orang telah ditempatkan ke negara ketiga.

“Katakan untuk setiap tahun kita anggarkan seramai 2,000 orang ditempatkan ke negara ketiga, maka untuk menempatkan 220,366 orang, kita memerlukan 111 tahun... Itu kalau tidak ada kemasukan pelarian baharu,” katanya.

Susulan itu, Mohd Radzi mencadangkan kerajaan mewujudkan program bersepadu bagi meningkatkan kadar penempatan semula pelarian ke negara ketiga.

Beliau turut menggesa negara maju, khususnya negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, mengambil tanggungjawab lebih besar dalam penempatan semula.

Pada masa sama, Mohd Radzi mempersoalkan kebergantungan terhadap data UNHCR dalam menentukan jumlah pelarian di Malaysia dan menggesa kerajaan melihat semula peranan badan itu di negara ini.

Beliau turut menggesa operasi bersepadu dilaksanakan di seluruh sempadan negara bagi menyekat kemasukan baharu, termasuk yang menggunakan khidmat sindiket penyeludupan manusia.

“Amat penting kerajaan menghantar satu isyarat yang jelas. Lakukan sekarang, buat segera.

“Tunjukkan kepada dunia bahawa kita sedang tingkatkan kawalan sempadan kita secara bersungguh-sungguh,” katanya lagi.

Mohd Radzi memberi amaran kegagalan menguruskan isu pelarian dengan segera dan cermat berisiko mencetuskan konflik antara rakyat Malaysia dengan komuniti pelarian.

Menurutnya, keadaan itu juga boleh memberi tekanan kepada kewangan serta sistem perkhidmatan kerajaan termasuk sektor kesihatan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah gesaan utama yang dikemukakan oleh Datuk Mohd Radzi Jidin berkaitan pendaftaran pelarian di Malaysia? 
    A: Datuk Mohd Radzi Jidin menggesa kerajaan menghentikan pendaftaran pelarian baharu di Malaysia untuk membendung pertambahan jumlah pelarian dan kemasukan melalui sindiket penyeludupan manusia.
  • Q: Berapakah jumlah pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat Jun 2026? 
    A: Seramai 222,366 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat Jun 2026.
  • Q: Apakah risiko yang dinyatakan jika isu pelarian tidak diuruskan dengan segera dan cermat? 
    A: Mohd Radzi memberi amaran bahawa kegagalan menguruskan isu pelarian boleh mencetuskan konflik antara rakyat Malaysia dengan komuniti pelarian serta memberi tekanan kepada kewangan dan sistem perkhidmatan kerajaan termasuk sektor kesihatan.
  • Q: Apakah cadangan Mohd Radzi untuk meningkatkan kadar penempatan semula pelarian ke negara ketiga? 
    A: Mohd Radzi mencadangkan kerajaan mewujudkan program bersepadu bagi meningkatkan kadar penempatan semula pelarian ke negara ketiga dan menggesa negara maju mengambil tanggungjawab lebih besar dalam penempatan semula.
  • Q: Apakah tindakan yang dicadangkan untuk menyekat kemasukan pelarian baharu ke Malaysia? 
    A: Mohd Radzi menggesa operasi bersepadu dilaksanakan di seluruh sempadan negara bagi menyekat kemasukan baharu, termasuk yang menggunakan khidmat sindiket penyeludupan manusia.

Must Watch Video

Advertisement