awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud salah faham mengenai 'top tether' model Saga - Proton

Bernama
Bernama
19/10/2015
15:26 MYT
Wujud salah faham mengenai 'top tether' model Saga - Proton
Proton mengumumkan terdapat salah faham mengenai 'top tether' ASEAN NCAP yang secara tersilap dikeluarkan daripada model Saga.
Proton Holdings Bhd hari ini mengumumkan bahawa terdapat salah faham mengenai 'top tether' Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (ASEAN NCAP) yang secara tersilap dikeluarkan daripada model Saga ketika ini yang telah menjalani ujian perlanggaran pada 2013.
Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, 'top tether' dan lebih daripada 10 komponen peningkatan keselamatan telah dipasang untuk ujian ASEAN NCAP pada 2013.
"Peningkatan dan pengukuhan ini secara efektif membolehkan kereta itu mendapat penarafan tiga bintang apabila ia diuji pada tahun berkenaan.
"Top tether bukan keperluan regulatori untuk pengeluar kelengkapan asal memasangnya dalam kereta mereka pada masa kereta itu diuji, katanya.
Walaupun Proton telah mematuhi peraturan keselamatan dan syarat-syarat lain yang diperlukan di negara ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, ia telah terlepas pandang dalam mengemas kini ASEAN NCAP mengenai penanggalan 'top tether' daripada model Saga sekarang.
"Ketika ini, Proton menawarkan pemasangan percuma 'top tether' itu sebagai pilihan kepada pemilik Proton Saga.
"Pelanggan dinasihatkan menghubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan 1 800 888398 atau e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan atau bantuan untuk menetapkan temu janji di cawangan servis terdekat," katanya.
Topic Berkaitan
#ASEAN NCAP
#Program Penilaian Kereta Baru ASEAN
#Proton
#Saga
#top tether
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan