awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkemas pengurusan tanah perkuburan Islam demi kelestarian tanah wakaf - Raja Muda Perlis
Keputusan STAM diumum 5 Feb - KPM
Indonesia tubuh Perminas urus nadir bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zabariah Mohd Yusof dilantik ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

Bernama
Bernama
31/01/2026
01:30 MYT
Zabariah Mohd Yusof dilantik ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dilantik sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Feb 2026. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan baharu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bank pusat itu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Feb, 2026.
BNM berkata pelantikan ini dibuat menurut seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.
"Dengan pelantikan baharu ini, MPS akan dibarisi oleh sembilan ahli yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang syariah, kewangan Islam, perakaunan, audit dan undang-undang," katanya.
Bank pusat itu menjelaskan MPS merupakan badan berautoriti tertinggi bagi menentukan hukum syarakberhubung dengan perniagaan kewangan Islam di Malaysia selain memainkan peranan utama menggalakkan kepastian pada syariah serta mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap industri kewangan Islam.
"MPS juga berfungsi sebagai penasihat kepada BNM mengenai sebarang isu syariah yang berkaitan dengan aktiviti atau transaksi kewangan Islam yang dijalankan oleh BNM.
"Keputusan syariah yang dibuat oleh MPS menjadi sumber rujukan institusi kewangan Islam bagi memastikan operasi perniagaan merekamematuhi prinsip syariah.
"Selain itu, keputusan MPS juga boleh digunakan sebagai rujukan mahkamah dan penimbang tara," katanya.
Selain Zabariah, MPS akan dibarisi lapan lagi ahli termasuk Pengerusinya, Datuk Prof Dr Ashraf Md Hashim, Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Timbalan Pengerusi) dan ahli-ahlinya terdiri daripada Burhanuddin Lukman, Datuk Dr Anhar Opir, Dr Marjan Muhammad, Dr Ahmad Basri Ibrahim, Prof Dr Amir Shaharuddin dan Dr Abdul Rahim Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#zabariah mohd yusof
#Majlis Penasihat Syariah
#kewangan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan