awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zetrix AI akan mohon semakan kehakiman terhadap teguran Bursa Malaysia

Bernama
Bernama
15/07/2025
04:50 MYT
Zetrix AI akan mohon semakan kehakiman terhadap teguran Bursa Malaysia
Zetrix AI berkata dagangan sahamnya telah digantung pada 9 pagi hingga 10 pagi hari ini dengan harga sahamnya ditutup pada 98.5 sen semalam. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai MYEG Services Bhd, akan memohon semakan kehakiman berhubung teguran terbuka oleh Bursa Malaysia Securities Bhd membabitkan pelanggaran keperluan penyenaraian.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata tindakan akan dibuat selepas mendapatkan nasihat peguamnya.
Selain teguran, Bursa Malaysia Securities itu turut mengenakan denda RM150,000 kepada tujuh pengarah syarikat kerana melanggar Keperluan Penyenaraian (LR) Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
Mereka termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Wong Thean Soon, Pengerusi Eksekutif Datuk Dr Norraesah Mohamad dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah.
Tindakan sama turut dikenakan ke atas Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Wong Kok Chau, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Datuk Mohd Jeffrey Joakim dan Mohaini Mohd Yusof.
Dalam kenyataan berasingan hari ini, Zetrix AI berkata dagangan sahamnya telah digantung pada 9 pagi hingga 10 pagi dengan harga sahamnya ditutup pada 98.5 sen semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#semakan kehakiman
#zetrix AI bhd
#pelanggaran keperluan penyenaraian
#pengarah syarikat didenda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan