Doktor di Hospital Donghua, China terkejut selepas merawat seorang kanak-kanak perempuan dan menjumpai 1.5 kg rambut di dalam perutnya.

Memetik berita portal Mirror, Fefei, lapan tahun dipercayai gemar memakan rambut sendiri sejak berusia dua tahun namun, dia dilaporkan telah meninggalkan tabiatnya itu sejak awal tahun ini.

Tahun lalu, Feifei dilaporkan jatuh sakit apabila mula muntah dan mengalami sakit perut yang melampau.

Setelah ibu Feifei perasan perut Feifei mula membengkak, dia membawanya ke Hospital Donghua untuk menerima rawatan.

Pada mulanya, doktor yang merawat Feifei telah menjalankan prosedur 'lavage' gastrik ke atasnya namun tidak menjumpai apa-apa sisa makanan di dalam perutnya.

Selepas membuat pengimbasan CT, doktor mendapati rambut seberat 1.5 kg di dalam perut Feifei!

Simptom memakan rambut itu merupakan salah satu simptom Pica di mana ia akan menyebabkan seseorang itu untuk memakan objek yang tidak bernutrisi termasuk rambut, kertas, ais batu dan tanah, antara lain. Sindrom Pica ini sering dikaitkan dengan masalah psikologi.

Sehubungan insiden itu, Feifei diletakkan di bawah pengawasan ketat oleh ibunya.