awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, 12 dijangkiti penyakit Legionnaires di Sydney

Bernama
Bernama
17/04/2025
15:10 MYT
1 maut, 12 dijangkiti penyakit Legionnaires di Sydney
Menurut NSW Health, kini terdapat 12 kes disahkan dalam kalangan individu yang berada di pusat bandar Sydney antara 13 Mac hingga 5 April, meningkat daripada enam kes yang dilaporkan setakat 10 April. - Foto hiasan/AP
SYDNEY: Seorang maut manakala 12 lagi dijangkiti penyakit Legionnaires, wabak yang dikaitkan tersebar di kawasan pusat bandar Sydney, menurut Jabatan Kesihatan negeri New South Wales (NSW) pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut NSW Health, kini terdapat 12 kes disahkan dalam kalangan individu yang berada di pusat bandar Sydney antara 13 Mac hingga 5 April, meningkat daripada enam kes yang dilaporkan setakat 10 April.
Seorang daripada pesakit disahkan meninggal dunia di hospital, manakala 11 daripada 12 kes dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.
NSW Health pada Khamis menggesa sesiapa yang berada di pusat bandar Sydney dan kawasan sekitarnya pada akhir Mac atau awal April supaya berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires seperti demam, menggigil, batuk dan sesak nafas.
Penyakit Legionnaires merupakan sejenis radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Legionella, yang secara semula jadi wujud dalam air tawar. Gejala penyakit boleh muncul sehingga 10 hari selepas terdedah kepada bakteria itu.
"Wabak kadangkala berlaku apabila bakteria dari sumber persekitaran seperti menara penyejuk di atas bangunan besar tercemar," kata Pengarah Unit Kesihatan Awam Tempatan Sydney Tenggara, Vicky Sheppeard dalam satu kenyataan.
NSW Health kini bekerjasama rapat dengan Majlis Bandaraya Sydney bagi mengenal pasti, memeriksa dan mengambil sampel dari mana-mana menara penyejuk di kawasan pusat perniagaan (CBD) yang mungkin terlibat dalam wabak ini. Setakat ini, lebih 165 menara penyejuk telah diperiksa dan diuji.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kematian akibat penyakit Legionnaires boleh mencecah sehingga 80 peratus dalam kalangan pesakit yang tidak dirawat dan mempunyai sistem imun yang lemah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyakit
#legionnaires
#Sydney
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan